Jarang Sekali Berlaku, Doktor Terkejut Sambut Bayi Perempuan Berkepala Tiga

Satu insiden yang menggemparkan seluruh pasukan perubatan di India telah berlaku di mana seorang wanita selamat melahirkan bayi berkepala tiga.

Pada mulanya, proses kehamilan wanita itu kelihatan normal persis wanita-wanita lain sebelum dia mengalami kesakitan yang melampau sewaktu hendak bersalin.

Bayi berkenaan yang selamat dilahirkan pada 11 Julai lalu di sebuah pusat kesihatan yang bertempat di Uttar Pradesh, India dipercayai mengalami kecatatan kelahiran yang jarang sekali berlaku. Secara saintfik, kecacatan ini dikenali sebagai encephalocele.

Keadaan bayi perempuan itu mengejutkan rata-rata keluarga dan para doktor yang bertugas. Dua benjolan besar dapat dilihat dengan jelas sekali di belakang kepalanya.

“Bayi perempuan itu ada tiga kepala. Dia kelihatan seperti makhluk asing,” kata seorang saksi.

Bayi berkenaan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Daerah di Etah yang dilengkapi dengan kemudahan perubatan serba canggih. Imbasan MRI akan dijalankan ke atas bayi tersebut sebelum prosedur pemisahan kepala dilakukan.

Walaupun kejadian sebegini jarang sekali berlaku, ada beberapa laporan berkenaan bayi yang menerima nasib sama iaitu dilahirkan dengan lebih satu kepala terutamanya di Afrika.

Menurut Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) di Britain, keadaan sedemikian merupakan kecacatan saluran saraf yang secara tidak langsung menyebabkan tengkorak tidak terbentuk dengan sempurna.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca