Gara-gara ‘Lisa Blackpig’, Akaun Media Sosial Janna Nick Sudah Tidak Boleh Diakses

Terdahulu, pelakon Janna Nick dan Sharifah Sakinah pernah dikecam peminat K-Pop apabila mereka pernah bergurau mengenai pemergian ahli kumpulan SHINee iaitu Kim Jonghyun pada 2018.

Baru-baru ini, video gurauan mereka itu kembali tular apabila ada yang memuat naik video berkenaan ke aplikasi TikTok.

Lantaran itu, Janna Nick tampil memuat naik satu video di Instagram miliknya menjelaskan cerita sebenar berkenaan dengan video gurauan itu.

Beliau memegang Al-Quran dan bersumpah bahawa beliau tidak tahu yang video tersebut ditujukan kepada mendiang Jonghyun.

Walau bagaimanapun, para peminat tidak menerima permohanan maaf Janna Nick kerana dilihat tidak ikhlas dan tindakan beliau sempat mempromosikan filem terbaharunya dalam videonya itu.

Tambahan pula, Janna menghina seorang lagi artis Korea Selatan Lisa Blackpink dengan gelaran khinzir.

Sumber: Vocket

Tindakan tersebut turut menimbulkan kemarahan warganet dan ada juga yang melancarkan kempen untuk report akaun Instagram Janna Nick membuatkan #jannanickgoingtojailparty trending di Twitter.

Setakat ini, akaun Instagram Janna Nick sudah tidak boleh diakses. Difahamkan, perkara ini turut tersebar ke negara luar termasuk syarikat YG Entertainment yang menaungi artis Korea Blackpink.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

Sebelum ini, kami ada menulis tentang Janna Nick memberi penjelasan tentang video lamanya kembali tular. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca