Janna Nick Berambut Ungu, Didakwa Putus Cinta

Selepas kian lama tidak aktif di apa-apa platform media sosialnya, Janna Nick mengejutkan warganet dengan sebuah hantaran di Instagramnya yang mengesahkan hubungan dia akhirnya putus.

Sumber: Kosmo

Nama sebenar, Nurul Janna Muner, 27, seakan membuktikan bahawa hubungan dengan kekasihnya, Dini Schatzmann, 28, bukan sebuah gimik dengan mengadakan ruangan komen di hantaran itu ditutup dan kapsennya betulis “Jika ia memusnahkan kamu, itu bukan cinta”.

Sudah masuk enam hari bercuti di Eropah, ramai pengikut media sosial Janna Nick menganggap disitu untuk ‘healing’.

Janna, menunjukkan suasana yang tenang di bilik hotel dan disertai kapsen ringkas sebagai gambaran pendiriannya buat masa ini menerusi hantaran di InstaStory. Ia dipercayai yang aktres, penerbit dan pengarah tersebut berada di Itali seolah-olah memberitahu pemergiannya adalah secara sendirian, bukan ditemani sesiapa.

Paparan video berlatarkan lagu berjudul Me, Myself & I dendangan Bebe Rexha berkatakan “Hanya saya, sendirian. Perjalanan solo hingga saya mati. Saya tidak memerlukan tangan sesiapa untuk berpaut,”.

Sumber: Kosmo

Warganet terkejut dengan spekulasi mengenai cinta Janna dan Dini yang terkandas selepas selebriti berusia 27 tahun itu memuat naik status sudah ‘single’ pada minggu lepas. 

Penyanyi bertajuk Gatal tidak lagi mengikuti Instagram Dini dan pihak aktor tersebut lebih selesa mengambil jalan mendiamkan diri.

Diceritakan, sehari kemudian kelibat kedua-dua itu muncul dalam video TikTok rakan artis, Alvin Chong sehingga membuatkan warganet merasa perkongsian awal dibuat oleh Janna sekadar gimik.

Sebelum berpisah, hubungan cinta mereka mekar selepas berlakon bersama dalam drama bersiri Bukan Cinta Aku Sekitar 2018 yang turut menjalani penggambaran di Itali.

Walau bagaimanapun, percintaan mereka tampak utuh apabila aktor berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu sering mengatakan bahawa sebelum menyunting Janna menjadi suri hatinya, dia mahu mengukuhkan ekonominya dahulu. 

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca