Janin Gugur Tanpa Sengaja, Kakitangan Perubatan Ini Mengaku Bersalah Kerana Bersikap Cuai

Suatu kejadian melibatkan keguguran janin seorang pesakit berlaku di Korea Selatan baru-baru ini.

Lebih menggemparkan apabila peristiwa tersebut berpunca daripada kesilapan kakitangan perubatan yang tidak memeriksa keadaan pesakit terlebih dahulu sebelum melaksanakan prosedur pembedahan.

Difahamkan bahawa pesakit seharusnya menerima suntikan nutrisi pemakanan, namun jururawat berkenaan telah memberinya suntikan bius tanpa melihat identiti pesakit tersebut.

Tambahan lagi, doktor yang bertugas turut melaksanakan prosedur pengguguran tanpa pengetahuan pesakit.

Menurut pihak berkuasa, carta pendaftaran perubatan di klinik tersebut tidak tersusun dengan sistematik. Hal ini menyebabkan mereka sukar mengenalpasti identiti pesakit dengan tepat.

Kedua-dua kakitangan perubatan iaitu jururawat dan doktor tersebut ditahan untuk siasatan lanjut. Sementara kes pula akan diusulkan ke pejabat pendakwa raya.

Jurucakap polis tempatan Seoul melaporkan bahawa tertuduh kini mengaku bersalah dan didakwa atas kecuaian yang mengakibatkan kemalangan satu nyawa.

Pengajarannya, ahli perubatan haruslah memeriksa daftar pesakit terlebih dahulu agar kejadian yang mengancam keselamatan nyawa seseorang tidak berlaku.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca