Jangkiti 50 Orang Dengan Demam Kepialu, Ini Kisah Wanita Yang Digelar ‘Typhoid Mary’

Dilahirkan pada tahun 1869 di Ireland dan mula berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1984. Mary Mallon merupakan seorang tukang masak bagi keluarga Charles Henry Warren pada tahun 1906.

Bermulanya tragedi ini pada awal musim bunga, 6 daripada 11 orang ahli keluarga Charles Henry Warren telah dijangkiti dengan penyakit demam kepialu (Typhoid fever).

Charles kemudian telah melantik seorang pegawai kesihatan, George Soper untuk mengenal pasti dari mana datangnya penyakit tersebut. Setelah memeriksa latar belakang Mary Mallon, beliau yakin penyakit itu datang daripada Mary yang mula bekerja tiga minggu sebelum mangsa pertama berjangkit.

Mary yang tidak menunjukkan sebarang gejala dijangkiti merupakan pembawa virus yang tidak disedari. Hal ini kerana, Mary tidak mengalami sebarang simptom-simptom yang biasa dilihat pada pesakit.

Walaupun dia mendakwa tidak pernah dijangkiti penyakit ini, namun virus itu telah disahkan oleh kerajaan setelah ujian darah dilakukan padanya.

Pada tahun 1907, kerajaan telah bertindak dengan menangkapnya dan meletakkannya dalam tahanan kuarantin secara paksa. Mary telah diletakkan di sebuah pulau bernama North Brother demi menjaga keselamatan orang awam.

Mary menolak sekerasnya dakwaan dia mempunyai dan menyebarkan virus itu dengan bertindak menyaman pihak kerajaan pada tahun 1909.

Namun begitu, Mary telah kalah dalam kes saman tersebut dan dibebaskan dari tahanan kuarantin beberapa tahun kemudian dengan syarat dia tidak boleh bekerja sebagai seorang tukang masak.

Oleh kerana kedegilan Mary untuk menerima hakikat yang dia pembawa virus, wanita itu meneruskan kerjaya sebagai seorang tukang masak tanpa diketahui oleh majikan yang baru tentang latar belakangnya.

Keadaan semakin membimbangkan apabila kes demam kepialu ini semakin meningkat. Hasil selidik mendapati kesemua kes ini melibatkan tempat di mana Mary bekerja.

Lantas, kerajaan sekali lagi terpaksa bertindak tegas dengan menahan dan kuarantin Mary sekali lagi di pulau tersebut. Wanita itu kemudian mula dikenali sebagai ‘Typhoid Mary’.

Mary telah menghabiskan sisa hidupnya di hospital Riverside di mana dia telah diasingkan daripada pesakit lain dan diberikan satu kediaman khas jauh daripada bangunan utama hospital.

Akhirnya, Mary diserang strok pada tahun 1932 yang menyebabkannya lumpuh anggota badan sehingga dia menemui ajal pada tahun 1938.

Direkodkan, sepanjang hayat Mary dikatakan telah menjangkiti 50 orang dengan penyakit demam kepialu dan tiga daripadanya menemui ajal.

Oleh kerana sikap degilnya yang tidak mahu menerima hakikat dirinya pembawa virus, Mary telah mengakibatkan ramai orang lain terseksa apabila dijangkiti penyakit tersebut. Kes ini boleh dijadikan teladan kepada masyarakat selepas ini untuk lebih berhati-hati dan bertanggungjawab.

Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca