Sebelum ini, Menteri Kesihatan Malaysia Dato’ Seri Adham Baba dalam satu rancangan temu bual bicara telah mengeluarkan kenyataan bahawa minum air suam mampu membunuh virus di dalam badan. Walau bagaimanapun, kenyataan itu disangkal oleh Dr. Amalina Bakri yang mengatakan hal itu tidak benar.
Sejurus itu, ramai mula menyerangnya di media sosial membuatkan beliau meminta supaya mereka semua fokus kepada yang lebih penting seperti pandemik COVID-19 dan bukannya politik.
Politic cybertropers are attacking me for giving information based on evidence-based medicine, where other specialists like Dr Imelda, @rafidah72, and other virologists from other countries and @WHO have said the same thing. Why don’t you attack them? Because I’m an easy target?
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) March 22, 2020
Namun begitu, nasihatnya tidak didengari apabila EXCO Pemuda UMNO Malaysia iaitu Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo menerusi akaun Twitternya telah mempersoalkan kredibiliti Dr. Amalina sebagai doktor perubatan.
Malah, Wan Azri juga mengatakan beliau terlalu muda sebagai doktor untuk menyangkal apa yang dikatakan oleh Dr. Adham Baba dan tidak pernah berdepan sebagai barisan hadapan untuk membantu mangsa COVID-19. Namun begitu, ciapan yang mengandungi video langsung tersebut sudah pun dipadam.
Dr. Amalina kemudian membalas dengan menerangkan jawatan beliau yang sebenarnya bukanlah doktor praktikal seperti yang dikatakan dan memaklumkan beliau merupakan orang yang berpengalaman dalam membantu mangsa COVID-19. Beliau turut menjawab segala persoalan yang diajukan kepada beliau satu persatu dan meminta supaya tidak politikkan isu kesihatan.
En Azri, terlebih dahulu saya mahu minta jangan politikkan isu kesihatan. Kedua, umur saya 33 tahun, bukan 20 lebih. Ketiga, saya bekerja sebagai Specialist Registrar bukan doktor praktikal. Encik Azri tahu tak beza specialist dengan houseman? https://t.co/FaGFWtK1m4
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) March 23, 2020
Beliau turut menjelaskan tindakan beliau menyangkal air suam sebagai pembunuh virus bukanlah bersendirian. Malah, ia disokong penuh oleh doktor-doktor pakar dari seluruh dunia dan pihak World Health Organization (WHO) sendiri.
Selepas menerima penjelasan tersebut, Wan Azri bertindak dengan meminta maaf kepada Dr. Amalina di atas kesilapannya.
To @DrAmalinaBakri I’m sorry Doc pic.twitter.com/JqRk7s5UPO
— KERAJAAN 🛠 (@Sir_Azri) March 24, 2020
Apa-apa pun, di saat negara dilanda musibah, adalah amat penting untuk kita fokus mencari jalan penyelesaian dalam membendung COVID-19 dan bukannya menjadikan ia modal untuk berpolitik. Semua pihak perlu bekerjasama dalam memberi kesedaran kepada rakyat dan membantu sebanyak mana yang mampu untuk kesejahteraan negara.
Untuk membaca artikel lain berkenaan Dr. Amalina Bakri, anda boleh klik pada pautan di bawah: