Hampir setahun kisah rumah tangganya menjadi perhatian ramai, Pencetus Ummah Abu Sufyan (PU Abu) mengakui dia sudah penat menghadapi kontroversi berkaitan dirinya dan menerima kritikan bertubi-tubi daripada warganet. Apa yang berlaku, turut mencalarkan maruah keluarganya.
PU Abu akui, setiap kontroversi meninggalkan kesan yang mendalam buat dirinya apatah lagi persepsi masyarakat merasakan seorang ‘ustaz’ haruslah menunjukkan contoh yang baik dan tidak berkelakuan sedemikian.
Namun, dia menegaskan dirinya bukanlah seorang ustaz dan tidak layak dianggap sebagai ‘role model’. Betapa dia malu membawa gelaran PU kerana kontroversi sebelum ini dan sekali gus memberi imej buruk pada rakan-rakannya yang lain.
View this post on InstagramA post shared by Abu Sufyan Mokhtar (@_sufyanmokhtar) on
PU Abu berharap selepas ini orang ramai tidak lagi memanggilnya dengan panggilan ‘ustaz’.
Dalam pada itu, dia juga turut memohon orang ramai supaya memberikannya ruang untuk memperbetulkan keadaan, memperbaiki diri menjadi seorang insan yang lebih baik.
Terdahulu, tindakan PU Abu memuat naik video TikTok dikecam teruk warganet hingga ada yang meminta agar dia menggugurkan gelaran ‘Pencetus Ummah’ yang diterimanya sebelum ini.
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan industri hiburan Malaysia, sila klik pada pautan di bawah: