KONGSIKAN

Pernah dengar pepatah ‘don’t judge a book by its cover’? Ha maksudnya apa? Maknanya janganlah menilai seseorang dari luaran sahaja. Penulis ingin kongsikan satu kisah yang penulis baca di Facebook milik Taufiq Tajuddin. Anda baca dan nilai sendiri.

Berikut merupakan dialog di antara Taufiq dan seorang makcik semasa berniaga.

Makcik: Makcik tengok hampa yang dok niaga ni muka-muka muda lagi naa…macam muka belasan tahun pun ada…awai dua puluhan pun ada…

Taufiq: Macam tu la makcik…anak-anak muda nak cari rezeki dengan berniaga…

Makcik: Tapi rugi la…pasai pa hampa tak mau pi sambung belajar…masuk kolej ka…universiti ka…bukan apa..pasar malam ni bukan ada jaminan apa-apa pun kat hampa…EPF SOCSO pun tak dak…pencen lagi la tak dak…anak makcik 3 orang perempuan…tiga-tiga masuk universiti…la ni tiga-tiga kerja kerajaan…ada la jaminan hidup…lega hati…

Taufiq: Alhamdullilah…rezeki masing-masing makcik…berniaga pun okay jugak…pun ada jaminan jugak..

Makcik: Jaminan apanya…nak beli apa-apa susah…nak buat loan lagi la susah…nak habaq kat hang…anak sulung makcik…kerja kerajaan 6 tahun dah…la ni dah boleh kereta dan rumah apartment sebiji kat KL sana…hang tau la harga rumah kat sana ratus-ratus ribu…bukan senang nak dapat beli…

Taufiq: Berniaga ni seronok…duit hari-hari depan mata kami…cukup buat kami puas…berniaga ni kan sunnah Nabi…

Makcik: Elehh…la ni cakap pakai mulut boleh la…kalau anak makcik nak kahwin dengan orang macam hampa, makcik tak restu…

Akui Taufiq, beliau cukup ‘sentap’ dengan statement makcik tersebut.

Pada pandangan penulis, setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Tidak sewajarnya kita membandingkan rezeki antara satu sama lain. Lagipun apa gunanya berilmu tetapi sentiasa memperlekehkan orang lain bukan?

 

Foto: Facebook

 

Sumber: Taufiq Tajuddin