“Jangan Jadi Seperti Malaysia” Kata Indonesia Mengenai Kes Covid-19

Jangan jadi seperti Malaysia

Peningkatan kes Covid-19 di Malaysia baru-baru ini telah membuatkan ia dijadikan contoh oleh Kementerian Kesihatan Indonesia untuk mengingatkan rakyatnya agar berwaspada.

Jurucakap kementerian bagi vaksinasi Covid-19, DR Siti Nadia Tarmizi M. Epid berkata bahawa terdapat dua faktor yang mendorong lonjakan mendadak kes Covid-19.

Katanya, faktor pertama adalah kerana kemunculan baru varian Covid-19 dan faktor kedua adalah disebabkan mobiliti (pergerakan) yang tinggi.

“Belajar dari India dan Malaysia, kita tentunya tidak ingin Indonesia mengalami hal yang sama.

Masyarakat diimbau untuk semakin ketat menerapkan protokol kesihatan 3M dan mengurangi mobilitas ke luar rumah apabila tidak mendesak,” ujarnya di akaun Twitter kementerian Indonesia.

Protokol kesihatan 3M yang dinyatakan oleh Dr Siti merujuk kepada pemakaian pelitup muka, cuci tangan dan penjarakan fizikal.

Beliau menambah, sekarang terdapat tiga varian baru Covid-19 yang muncul di negara itu iaitu B.1.1.7, B.1.351 dan B.1.617.1.

Menurutnya, ketiga-tiga varian ini tersebar lebih cepat berbanding varian sebelum ini. Realitinya, varian-varian baru ini telahpun dikesan dalam Malaysia.

Memetik dari Malaysiakini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat tiga kes Covid-19 yang mempunyai varian B.1.1.7 (varian UK) dikesan.

Selain itu, 48 kes varian B.1.351 (varian Afrika Selatan) juga turut dikesan. 

Satu kes import varian B.1.617.1 yang menyebabkan peningkatan kes harian di India telah dikesan dan dikuarantin setelah memasuki negara ini.

Walaupun pada awalnya, pengendalian kes Covid-19 Malaysia lebih baik daripada Indonesia, kini keadaan kita jauh lebih teruk berbanding negara jiran.

Jika dibandingkan saiz populasi, Malaysia mempunyai lebih dari 100 kes dalam sejuta sementara Indonesia mempunyai sekitar 18 daripada sejuta penduduknya.

Apa pendapat anda mengenai perkara ini? Wajarkah beliau menggunakan nama Malaysia sebagai contoh buruk?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca