Jangan Guna Atau Beli, 2 Kit Ujian Kendiri COVID 19 Ini Dibatal Kelulusan Oleh KKM

Semenjak beberapa bulan lalu, rakyat Malaysia sudah mula bergantung kepada kit ujian kendiri bagi memeriksa sama ada mereka dijangkiti penyakit COVID-19 atau tidak.

Namun begitu, masih timbul keraguan dalam kalangan mereka kerana sesetengah jenama memberi keputusan yang berbeza apabila digunakan. Kekadang satu positif dan satu lagi negatif.

Ingin menjawab aduan orang ramai ini, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) mengambil keputusan untuk menguji 22 jenama kit ujian kendiri yang ada di pasaran.

Hasil daripada pemeriksaan, setakat ini sebanyak 12 keputusan telah diperolehi daripada ujian tersebut. Dan didati terdapat dua jenama kit ujian kendiri tidak mencapai tahap prestasi yang ditetapkan oleh MDA.

Dua jenama kit ujian kendiri tersebut COVID-19 ialah daripada jenama Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut berkongsi hal ini di akaun Twitter beliau.

Sumber: Twitter @Kharykj

“Pihak MDA membatalkan kelulusan bersyarat bagi Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad.

Pembatalan ini dibuat kerana establismen berkenaan gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh MDA.

Berikutan itu, MDA menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan,” maklum MDA dalam satu hantaran Facebook rasminya.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca