Siapa yang tidak menjerit atau melompat apabila mendapati serangga ini tiba-tiba muncul dan terbang tanpa arah? Kadang kala ia juga boleh mendatangkan kemarahan kepada manusia yang terlalu geli dengan kehadiran serangga ini. Tetapi, pernahkah anda terfikir apakah fungsi mereka di dunia ini?
Walau bagaimanapun, jangan dibenci kewujudannya kerana kehadiran mereka sangat penting dan akan membuat anda berfikir dua kali untuk membunuh mereka. Apakah itu? Berikut inilah penjelasannya.
1. Sumber Makanan Untuk Sumber Lain
Seorang profesor dan Ketua Jabatan Biologi Universiti Texas iaitu Srini Kambhampati, menjelaskan dalam laporan Live Science bahawa lipas adalah sumber protein dan nutrien penting bagi sesetengah haiwan, seperti katak, burung, dan haiwan lain yang bersifat insektiviti atau pemakan serangga ini.
Walaupun tiada kehadiran lipas di muka bumi tidak akan membuat haiwan ini pupus. Tetapi, ia akan mengurangkan kadar populasi dan memberi impak kepada pemangsa yang lebih besar yang memakannya. Secara tidak langsung, ketiadaan lipas akan mengganggu rantaian makanan.
2. Lipas Mengandungi Nitrogen Yang Diperlukan Oleh Tumbuh-Tumbuhan
Selain itu, Srini Kambhampati juga menjelaskan bahawa kotoran lipas mengandungi nitrogen yang mereka dapati dari memakan bahan organik yang mereput. Nitrogen ini sangat penting dalam kitaran hidup tumbuh-tumbuhan. Apabila lipas mati, jatuh dan bercampur dengan tanah, tumbuhan menyerap nitrogen yang terkandung di dalamnya.
Kitaran hidup tanaman yang terganggu akan mengganggu kitar hidup haiwan lain yang hidup dari makan tumbuhan. Ketiadaan lipas mempunyai kesan besar terhadap kelangsungan hutan, serta makluk hidup yang mendiaminya.
3. Memberi Inspirasi Untuk Mencipta Ubat-Ubatan Antibiotik Yang Berkesan
Otak lipas mengandungi sembilan molekul antibiotik yang melindungi mereka daripada bakteria berbahaya. Sesetengah kajian mendapati bahawa antibiotik dalam otak lipas adalah sangat berkesan terhadap bakteria E. coli dan bakteria MRSA yang diketahui menyebabkan jangkitan yang teruk dan sukar untuk dirawat.
Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu para penyelidik untuk mengembangkan ubat antibiotik yang berkesan terhadap bakteria berbahaya bagi manusia. Manusia yang dijangkiti dengan bakteria berbahaya tertentu dapat pulih dan sembuh dari keadaan mereka.
Tak sangka rupa-rupanya haiwan yang kita ketahui hanya sebagai perosak mempunyai manfaat dan fungsi tersendiri, maka kita janganlah meremehkan kewujudan mereka di bumi ini.
Sumber: AliffChannel