“Jangan Cakap Saya Nak Menunjuk Pula.” – Black Tak Ambil Sewa Rumah Untuk 6 Buah Rumah Miliknya

Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial apabila ada beberapa artis seperti Black Hanifah, Tomok dan Shuib Sepahtu mencadangkan agar kerajaan memberikan bantuan khusus untuk penggiat seni yang terjejas sumber pendapatan susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan pandangan mereka dan berpendapat kerajaan harus mengutamakan rakyat yang lebih memerlukan ketika saat genting disebabkan penularan wabak COVID-19.

Meskipun dikecam teruk, Black nampaknya tetap prihatin membantu meringankan beban golongan yang terkesan sepanjang tempoh PKP. Dia memutuskan untuk tidak mengambil sewa bulan April daripada beberapa penyewa rumah miliknya.

Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Black telah memuat naik beberapa tangkap layar berkaitan dirinya menghalalkan sewa rumah bagi bulan April.

Black berkata, kenyataannya sebelum ini disalah tafsir oleh warganet. Black menjelaskan dia hanya bersuara dan berjuang untuk penggiat seni mendapatkan hak masing-masing dan bukanlah meminta bantuan untuk dirinya.

Seperti yang dijangka, masih ramai yang terus mengecamnya dan menuduh Black sengaja ingin menayang hartanya.

Kita lihat daripada suduh positif sahaja, niat Black itu baik dan semoga apa yang dilakukannya itu dapat menjadi contoh buat orang lain juga.

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai Black Hanifah, klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca