“Jangan Biadap”, Lelaki Ini Naik Berang Membuatkan Warganet Terasa Dimarahi

ahli politik

Baru-baru ini, tular satu perkongsian video yang memaparkan seorang lelaki Melayu menunjukkan emosi kemarahannya terhadap seorang ahli politik bernama Muhammad Faiz.

Difahamkan lelaki tersebut menyatakan ketidakpuasan hati dengan kenyataan daripada pemimpin BERSATU bahawa pemimpin kluster mahkamah seperti binatang.

Menerusi video tersebut, dia meminta Muhamad Faiz untuk menarik semula pernyataan berkaitan pemimpin kluster mahkamah dalam tempoh 24 jam.

Tidak habis di situ, video berdurasi selama 1 minit 21 saat itu dipenuhi dengan kata kesat. Menurut ekspresi wajahnya, lelaki tersebut berasa sangat marah dan geram.

Dia juga membuat andaian mengapa keadaan sedemikian boleh berlaku dan kenapa kluster mahkamah menjadi isu pada masa kini.

“Kenapa jadi begini? Kenapa jadi kluster mahkamah? Sebab pemimpin kamu tak berdaya membeli pemimpin kami, kerana itu jadi kluster mahkamah,” ujar lelaki tersebut.

Menurut pernyataannya, pemimpin daripada parti lain tidak memiliki daya untuk mendapatkan pemimpin seperti ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU.

Bagaimanapun, Muhammad Faiz baru berusia setahun jagung dalam dunia politik dan memintanya untuk tidak menunjukkan sikap biadap terhadap parti politik yang lain.

“Kamu baru setahun jagung dalam politik, jangan biadap. Pemimpin kluster mahkamah kamu nak cakap siapa?”, tambahnya lagi.

Kemudian, secara terang-terangan lelaki tersebut menyatakan kluster mahkamah dianggotai oleh beberapa ahli politik yang lain.

Menerusi video yang dimuat naik di Twitter itu mendapat pelbagai reaksi daripada rata-rata warganet. Ada juga yang membuatkan bahasa kasar itu dijadikan sebagai bahan jenaka.

https://twitter.com/Lowkeymoneylov1/status/1384263918621581313

Bukan itu sahaja, ada yang menulis di ruangan komen jika memiliki nama yang sama seperti Muhammad Faiz. Para warganet turut terhibur di ruangan komen tersebut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca