“Jangan Bertiktok, Waktu Bencana Bukan Waktu Berseronok.” – PU Amin

Tidak dinafikan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini memang terasa agak bosan, tidak tahu hendak buat apa di rumah. Oleh itu, boleh dilihat di media sosial ramai orang sudah terjebak dengan aplikasi TikTok, macam-macam gaya yang ada mengikut kreativiti masing-masing.

Namun, Pencetus Ummah Amin (PU Amin) menasihati orang ramai untuk tidak terlalu berseronok ketika waktu negara kita dan dunia ditimpa bencana sebegini.

Gunakanlah masa lapang yang ada untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT, melakukan ibadah dan amalan seperti berzikir, membaca Al-Quran serta selawat. Janganlah melakukan perkara yang sia-sia.

Menurutnya, tidak salah untuk merakam video sedang berjoget tetapi janganlah dipertontonkan kepada khalayak ramai. Pada ketika ini, kita seharusnya bermuhasabah diri dan cuba untuk melakukan perkara yang lebih berfaedah.

Perkongsian dan nasihat PU Amin itu mendapat reaksi yang positif daripada warganet. Ada juga yang sempat menyindir seorang menteri yang menggalakkan orang ramai untuk menyertai pertandingan TikTok.

Menerusi satu sidang media khas petang semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh perlaksanaan PKP yang telah berlangsung sejak 18 Mac lalu akan dilanjutkan selama dua minggu lagi bermula 15 April hingga 28 April hadapan.

Untuk baca lebih banyak artikel mengenai industri hiburan Malaysia, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca