Jana Pendapatan Tinggi Bersama ZnZ Premier Advisory

Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kesempitan hidup untuk menyara keluarga dan diri sendiri adalah kerana kurangnya peluang pekerjaan yang mampu memberi pendapatan yang tinggi kepada setiap individu.

Di era yang memerlukan perbelanjaan harian yang tinggi, kita sering mencari jalan untuk mengubah kehidupan kita dan keluarga untuk menjadi lebih baik.

Di sini, kami ingin memberi solusi kepada kesusahan yang anda alami dengan memperkenalkan satu agensi yang boleh mengubah kehidupan anda menjadi lebih baik.

ZnZ Premier Advisory merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan pada tahun 2014 di bawah syarikat Kenanga Investors Berhad. Ia merupakan agensi yang memberi peluang kepada mereka yang ingin menjadi perancang kewangan ataupun disebut sebagai financial advisor. ZnZ Premier Advisory tersenarai dalam tiga agensi paling hebat di bawah Kenanga Investors Berhad dan ia adalah 100% milik Bumiputera.

Kerjaya ini dikenali sebagai kerjaya yang berpendapatan tinggi dalam Malaysia.

Pada 1 Mac 2020, satu seminar yang dianjurkan oleh ZnZ Premier Advisory telah diadakan di Menara Kuala Lumpur. Goal Setting and Kick Off Seminar (GOSKOS 2020) yang dihadiri oleh juara unit amanah ZnZ Premier Advisory dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan juga penyampaian anugerah.

Buat mereka yang ingin mencari kerjaya baru untuk menampung kehidupan, agensi ZnZ Premier Advisory bersedia memberi peluang kepada anda dengan mengalu-alukan mereka yang berumur 21 tahun sehingga 45 tahun untuk menyertai.

Selain itu, agensi ini juga menawarkan anda untuk bekerja sepenuh masa ataupun separuh masa sesuai untuk mereka yang inginkan pendapatan sampingan. Buat mereka yang sudah memiliki lesen FIMM, agensi ini juga mengalu-alukan anda untuk mendaftar sebagai ahli.

Tidak perlu risau jika anda tidak mahir dalam menjadi seorang perancang kewangan kerana latihan dan pantauan akan diberikan kepada anda setiap masa. Segala teknik terkini dalam pelaburan saham juga akan dikongsikan dalam proses latihan ini.

Lebih menarik lagi, selain daripada insentif trip daripada Kenanga. ZnZ Premier Advisory juga memberi insentif sendiri kepada semua ejen di bawah agensi mereka.

Jika anda berminat untuk menyertai agensi ini, anda boleh hubungi ZnZ Premier Advisory di talian ini. Untuk maklumat lanjut tentang ZnZ Premier Advisory, anda boleh pergi ke laman Facebook mereka. Semoga dengan perkongsian ini, ia mampu memberi peluang yang baru buat semua yang ingin mengubah kehidupan masing-masing.

Artikel Lain Untuk Di Baca