Jana Pendapatan Hingga RM18,000, Suri Rumah Ini Hanya Main PUBG Sahaja

Siapa kata duduk rumah tidak boleh menjana wang.

Buktinya, seorang suri rumah Roslinda Embran atau dikenali sebagai Lynda Embran atau Miss Rose dan juga seorang gamer telah mendapat pendapatan sebanyak RM18,000 hanya dengan main PUBG.

Wanita ini juga merupakan seorang isteri dan juga ibu. Pada awalnya, dia hanya mempunyai lima penonton tapi dia tidak putus asa.

Dia terus cuba untuk memperbaiki dirinya dengan meminta nasihat daripada online gamers yang lain. Dengan azam yang kuat, akhirnya Lynda dapat meraih pendapatan lima angka sebagai gaji pertamanya.

Malah, Lynda berkata perjalanannya bukan mudah. Lebih-lebih lagi dia sering menerima komen tentang pilihan yang dia buat.

Namun, wanita ini cuba tidak menghiraukan komen-komen dari orang lain dan hanya berkata apa yang dia buat ini adalah pekerjaan dan dia boleh dapatkan duit sendiri untuk bantu keluarganya.

Menurut Lynda, dia tidak perlu lagi untuk tunggu dan minta duit suaminya kerana dia boleh berdikari dengan buat duit sendiri.

Walaupun wanita ini masih aktif dalam kerjaya gaming ini, dia mengaku peranannya sebagai isteri dan ibu adalah keutamannya dan dia cuba bahagikan masa untuk kedua-duanya.

Untuk baca artikel yang berkaitan pendapatan, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca