James Earl Jones Bersara, AI Mengambil Alih Suara Darth Vader

Pelakon veteran James Earl Jones umumkan bersara selepas 40 tahun bersama francais filem Star Wars sebagai pelakon suara untuk Darth Varder.

Sumber: The Mary Sue

Persaraannya itu menjadikan hak milik suara Darth Vader dipegang oleh syarikat Respeecher dan Lucasfilm selepas mendapat persetujuan daripada Jones sendiri.

Syarikat Respeecher adalah sebuah syarikat permulaan dari Ukrain yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mencipta perbualan baharu daripada rakaman suara lama kemudian dihidupkan semula.

Sumber: People

Menurut petikan laporan dari Vanity Fair, pelakon tersebut membenarkan rakaman arkib awal Darth Vader digunakan untuk meniru suaranya melalui perisian teknologi kecerdasan buatan (AI).

Melalui teknologi ini, syarikat Respeecher akan membuat dialog baharu untuk menggunakan suara asal James Earl Jones.

Selain daripada menghasilkan suara Darth Vader dalam Obi-Wan Kenobi, syarikat Respeecher juga menghasilkan suara watak Luke Skywalker bagi drama siri The Book of Boba Fett.

Sumber: Slash Film

Walaupun James Earl Jones tidak lagi menjadi pelakon suara untuk Darth Vader, terdapat laporan menyatakan suaranya itu masih boleh didengari di saluran Disney+.

James Earl Jones telah menjadi pelakon suara watak Darth Vader sejak tahun 1977 lagi melalui filem Star Wars arahan George Lucas.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca