Jalani Hukuman Gantung Kerana Edar Dadah, Keluarga Sahkan Nagaenthran Sudah Dihukum

Lelaki warga Malaysia yang didapati bersalah mengedar dadah telah dihukum gantung pada hari ini di Penjara Changi, Singapura selepas rayuan terakhir oleh keluarganya gagal.

Memetik laporan News Straits Times, Nagaenthran K Dharmalingam telah dihukum gantung kerana dia mengedar 44 gram heroin ke Singapura iaitu salah satu negara yang mempunyai undang-undang narkotik paling tegas di dunia.

Nagaenthran ditahan pada 22 April 2009 ketika dia cuba memasuki Singapura bersama dadah jenis heroin seberat 42.72 gram dan dipercayai telah dipaksa untuk melakukan jenayah tersebut.

Adik mendiang iaitu Navin Kumar berkata abangnya telah menjalani hukuman gantung dan jasadnya akan dihantar ke Malaysia di mana pengebumian akan dijalankan di Ipoh, Perak.

Sumber: The Vocket

Pada Isnin lalu, terdapat kira-kira 300 orang yang mengadakan perhimpunan awam di Taman Hong Lim, Singapura untuk menentang hukuman tersebut.

Kes Nagaenthran telah menarik perhatian masyarakat di seluruh dunia sebelum ini dengan Kerajaan Malaysia, pakar-pakar di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), jutawan British iaitu Richard Branson dan kumpulan pejuang hak asasi menggesa agar lelaki itu diselamatkan.

Para peguam yang mewakili mendiang dan aktivis-aktivis berhujah Nagaenthran mempunyai darjah kecerdasan otak (IQ) yang rendah iaitu 69.

Walau bagaimanapun, pihak mahkamah pula percaya Nagaenthran tahu apa yang dia lakukan pada waktu itu dan tidak menemui sebarang bukti yang membuktikan tahap kesihatan mental mendiang menurun.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan dadah, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca