Guinnes World Records mengesahkan bahawa sebatang jalan iaitu Fordd Pen Llechat sebagai jalan paling curam di dunia yang terletak di Wales, London.
Jalan itu mencatat tahap kecerunan sebanyak 37.45 peratus yang telah memecah rekod sebelum ini iaitu milik jalan Baldwin di Bunedin, New Zealand dengan kadar kecerunan 35 peratus.
Seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai Gwyn Headley sanggup berkempen bagi mendapatkan pengiktirafan tersebut meskipun berasa kasihan terhadap rakyat New Zealand yang telah memegang rekod sebelum ini.
“Guinness World Records sangat spesifik dalam kriterianya,” jelasnya.
Kriteria yang diperlukan oleh Guinness World Records ialah jalan tersebut perlu digunakan oleh penduduk awam dan kedua-dua belah jalan mempunyai bangunan.