Jaket Yang Diperbuat Daripada Kulit Manusia Ini Dijual Pada Harga RM6,000

Memang tidak dinafikan, fesyen pakaian dari masa ke masa semakin pelik dan kadang-kadang, ada yang langsung tidak masuk akal. Ada waktunya di mana seni yang cuba diketengahkan memang tidak terfikir dek akal dan tidak dapat diterima oleh mereka yang masih waras.

Sebelum ini, pernah tular di media sosial berkenaan fesyen baju yang kelihatan seperti baju orang miskin di mana rekaannya penuh dengan lubang selain kainnya yang kelihatan begitu lusuh. Tetapi, ia dijual dengan harga yang mahal sekali. Bila dipersoalkan, mereka dalam bidang ini akan cakap itulah fesyen.

Malah, sebelum ini pernah juga tular tentang sehelai jaket yang diperbuat daripada kulit manusia. Mentang-mentang makin ramai yang boikot pakaian yang diperbuat daripada kulit haiwan, kulit manusia pula yang menjadi pilihan pereka fesyen.

Jaket tersebut diberi nama Serial Killer. Dengar nama pun dah seram! Ia dijual pada harga yang begitu mahal iaitu sekitar RM6,000 sehelai. Persoalannya, ada ke yang sanggup pakai?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca