Jahanamkan Katil Di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Atlet Israel Tampil Mohon Maaf

Pasukan besbol Israel di Sukan Olimpik Tokyo 2020 tampil membuat permohonan maaf selepas memuat naik sebuah video TikTok yang menyaksikan mereka melompat di atas katil diperbuat daripada kadbod.

Selain itu, mereka dipercayai melompat seramai sembilan orang di atas katil kerana mahu menguji tahap kekuatan katil yang dibuat daripada bahan kitar semula.

Sumber: The Vocket

Memetik laporan Times Of Israel, Ben Wanger iaitu atlet yang memuat naik video asal menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyai niat untuk bersikap biadab terhadap tuan rumah.

“Kami hanya mahu menunjukkan betapa kukuhnya dan efektif katil-katil di Perkampungan Olimpik. Walaupun katil itu hancur, pasukan kami mempunyai katil tambahan,” tambahnya.

Ben turut menjelaskan bahawa katil yang hancur itu sudah dikitar semula. Atlet itu turut berkata mereka menikmati tidur di katil kitar semula tersebut dan berharap ia akan digunakan untuk Sukan Olimpik lagi pada masa hadapan.

Dalam pada itu, trend menguji ketahanan katil ini bermula selepas ada beberapa teori palsu mendakwa pihak penganjur membina katil menggunakan bahan yang boleh diperbaharui untuk melarang para atlet melakukan aktiviti persetubuhan.

Atas sebab itu juga, ramai atlet mencuba pelbagai cara untuk menyangkal teori tersebut dengan memuat naik video di laman TikTok. Paul Chelimo iaitu pelari jarak jauh dari Amerika Syarikat mendakwa tempat tidur yang disediakan ini tidak mampu menampung lebih daripada satu orang dan ia bertujuan untuk menghindari hubungan akrab di antara atlet.

Rhys Mcclenaghan iaitu atlet gimnastik dari Ireland berjaya membuktikan teori Paul salah dengan merakam video dirinya melompat di tempat tidur berkenaan.

Rhys membuktikan katil itu sebenarnya mampu menampung lebih daripada dua orang. Ciapan itu kemudiannya diulang ciap oleh akaun rasmi Olimpik dengan mengucapkan terima kasih kepada Rhys kerana berjaya membongkarkan mitos tersebut.

Walau bagaimanapun, tindakan daripada pasukan besbol itu didakwa keterlaluan kerana telah mendatangkan kerosakan kepada harta benda yang disediakan percuma.

Selepas menonton video berkenaan. Jawatankuasa Olimpik Israel telah memanggil pengurus pasukan iaitu Peter Kurz untuk memberikan penjelasan atas tindakan atlet-atlet berkenaan.

Peter berkata bahawa apa yang dilakukan oleh pasukan besbol Israel adalah kebudak-budakan dan pemain-pemain itu meminta maaf dan meluahkan kekesalan di atas tindakan tersebut.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca