Jadikan Petikan Hadis Lagu Pertunjukan Pakaian Dalam, Rihanna Tampil Mohon Maaf

Selebriti terkenal antarabangsa, Rihanna tampil membuat permohonan maaf terbuka selepas beliau telah menggunakan petikan hadis alunan Misyari Alafasy versi remix yang dimuatkan dalam lagu untuk pertunjukan fesyen pakaian dalam miliknya iaitu Savage x Fenty.

Penyanyi Umbrella itu menjelaskan bahawa kesilapan berkenaan merupakan kecuaian daripada pihaknya dan beliau sama sekali tidak berniat untuk menyinggung mana-mana agama terutamanya Islam.

Sumber: Instagram @badgalriri

“Saya berterima kasih kepada komuniti Muslim yang menegur kesilapan yang tidak sengaja menyinggung perasaan orang ramai ketika pertunjukan fesyen Savage x Fenty Beauty.

Saya ingin memohon maaf seikhlas hati atas kecuaian ini. Kami faham tindakan berkenaan telah menyinggung saudara Muslim dan saya sangat kecewa atas apa yang berlaku.

Saya sentiasa menghormati agama lain jadi penggunaan lagu berkenaan dalam projek kami sangat tidak bertanggungjawab!” jelasnya menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories beliau.

Dalam pada itu, Rihanna juga akan memastikan insiden berkenaan tidak akan berulang pada masa akan datang, “Kami akan pastikan insiden berkenaan tidak berulang lagi pada masa hadapan. Terima kasih kerana memahami.”

Bagi yang masih keliru, sepotong video menjadi bualan ramai selepas lagu remix berjudul Doom ciptaan Coucou Chloe yang mengambil sampel hadis berkisar tentang hari kiamat dimuatkan dalam pertunjukan pakaian dalam jenama milik Rihanna.

Selain Rihanna, pencipta lagu remix Doom iaitu Coucou Chloe turut membuat permohonan maaf terbuka di laman Twitter.

Sumber: Coucou Chloe

Semoga perkara ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca