Jadikan Kulit Wajah Lembut, Ini 3 Kegunaan Susu Basi Terhadap Manusia

Biasanya, susu yang sudah tamat tarikh luput akan mula basi dan mengeluarkan bau busuk.

Tetapi, tahukah anda? Sekiranya susu tersebut masih belum dibuka, maka ia masih bertahan lama dan boleh digunakan sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu.

Meskipun kebanyakan daripada kita beranggapan bahawa susu yang sudah melepasi tarikh luput tidak boleh digunakan, terdapat banyak manfaat yang boleh diperoleh daripada susu yang sudah basi.

Berikut penulis kongsikan 3 manfaat susu basi:

1. Bahan untuk menghasilkan keju

Bahan utama untuk membuat keju adalah dengan menggunakan susu yang sudah basi. Caranya adalah dengan mengukus susu tersebut seperti sehinggalah susu cair. Kemudian, tambahkan krim, garam dan sedikit lada sebagai perasa.

Kaedah seterusnya pula boleh dilakukan dengan menggunakan kain penapis susu soya. Gulungkan kain tersebut kemudian gantungkan ke dalam mangkuk lalu masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah kering titisan air, keju sudah sedia untuk dimakan.

2. Kecantikan

Susu asid merupakan bahan semulajadi yang sering ditemui pada setiap topeng wajah. Ia juga mampu melicinkan kulit secara semulajadi.

Untuk memperoleh kulit yang cantik dan kelihatan neutral, anda boleh sapukan susu masam tersebut ke seluruh wajah dan biarkan sehingga kering. Kemudian, bilaskan wajah dengan menggunakan air susu atau air bersih.

3. Menyuburkan tanaman

Susu basi juga berkesan untuk memberikan kesuburan pada tanaman. Ia juga berupaya mengilatkan bahan perak dengan cara merendamkan barangan anda selama semalaman.

Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan pengetahuan pembaca berkaitan dengan susu basi. Ternyata, terdapat beberapa faedah yang boleh dimanfaatkan menerusi penggunaan susu basi.

Penulis

  • NurHikmah Binti Zulkafli adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca