Jadikan Anak Patung Seperti Anak Sendiri, Kisah Ivan Gunawan Raih Pelbagai Reaksi

ivan gunawan

Pereka fesyen dan pengacara popular Indonesia, Ivan Gunawan menarik perhatian warganet selepas menjaga dua buah anak patung yang dianggap sebagai bayi sebenar.

Dia telah memperkenalkan dua ‘anak’nya itu dengan menamakan mereka sebagai Miracle Putra Gunawan dan Marvelous Putra Gunawan di laman Instagram miliknya.

Menerusi satu temu bual bersama pengacara terkenal, Boy William, Ivan mengakui bahawa dia sudah menganggap dua anak patung tersebut sebagai anaknya yang perlu dijaga dengan baik.


Ivan Gunawan mengakui tidak mengalami kesukaran untuk menjaganya kerana masing-masing mempunyai pengasuh sendiri.

Bukan itu sahaja, Ivan Gunawan malah memberitahu dia turut menyediakan bilik khas buat ‘anak’nya.

Dia berasa sangat bersyukur dengan kehadiran mereka kerana hidupnya tidak kesepian lagi.

Namun begitu, rata-rata warganet menunjukkan pelbagai reaksi apabila melihat perbuatan tidak masuk akal itu.

Dia telah dilabel sebagai tidak siuman dan gila oleh warganet lebih-lebih lagi selepas melihat beberapa video Ivan Gunawan melayan anak patung itu dengan mendukung seperti bayi hidup.

Selain itu, ada juga yang merasakan perbuatan tersebut dianggap syirik kerana seakan memuja roh bayi sebenar.

Bagaimanapun dia masih membantah dan menegaskan dia masih sedar dan waras. Malah dia berpendapat, seseorang yang berada dalam dunia hiburan perlu berperwatakan ‘gila’ untuk berkarya.

“Orang yang ada dalam dunia hiburan kalau tidak mempunyai perangai ‘gila’, kita tidak boleh menjadi seseorang yang kreatif,” jelasnya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca