Jadi Peragut Nyawa Bersiri Termuda Dunia, Ini Kisah Amarjeet Sada

Seorang lelaki dari India ‘mencipta sejarah’ apabila menjadi peragut nyawa bersiri termuda di dunia pada usia lapan tahun.

Amarjeet Sada baru berusia tujuh tahun ketika dilaporkan mengambil nyawa individu lain buat kali pertama. Lelaki ini kemudiannya dikatakan telah mengambil tiga lagi nyawa sebelum usianya memasuki lapan tahun.

Amarjeet dilahirkan di Begusaray dekat Bihar, India pada tahun 1998. Keluarga Amarjeet bukan orang yang senang di mana bapanya bekerja sebagai seorang buruh.

Pada tahun 2006, Amarjeet telah mengambil nyawa sepupu perempuannya yang berusia enam tahun. Tidak lama kemudian, lelaki ini pula menyebabkan adik perempuannya yang berusia lapan bulan meninggal dunia.

Sumber: Daily Star

Bapa saudara Amarjeet turut mengesahkan sebahagian daripada ahli keluarganya dan penduduk kampung tahu akan jenayah kanak-kanak tersebut tetapi memilih untuk mendiamkan diri kerana menganggapnya sebagai urusan keluarga.

Pada tahun 2007, Amarjeet telah menyebabkan seorang bayi yang lebih dikenali dengan panggilan Kushboo menghembuskan nafas terakhir pada usia enam bulan. Ibu Kushboo telah meninggalkan bayi tersebut di taska sementara wanita itu melakukan beberapa kerja. Sebaik sahaja dia tiba di taska berkenaan, anak perempuannya sudah tiada.

Penduduk kampung yang tahu akan jenayah lampau Amarjeet kemudiannya bertemu kanak-kanak itu sendiri untuk bertanya tentang kehilangan Kushboo. Amarjeet membuat pengakuan kepada pihak polis dan tidak menyesal sama sekali ketika mengimbas kembali bagaimana dia membunuh dan menanam Kushboo.

Sepanjang sesi soal siasat bersama pihak polis, Amarjeet tidak menjawab sebab di sebalik jenayah tersebut sebaliknya dia hanya senyum dan meminta biskut.

Kanak-kanak itu kemudiannya didapati menghidap kelainan tingkah laku ataupun turut dikenali sebagai conduct disorder. Dalam erti kata lain, Amarjeet tidak boleh membezakan antara perkara yang betul dan salah. Lelaki itu kemudiannya ditempatkan dalam sebuah pusat tahanan juvenil di Munger.

Memetik laporan The Guardian, undang-undang India tidak membenarkan seorang kanak-kanak dihukum mati atau dimasukkan ke penjara tetapi boleh ditempatkan dalam sebuah pusat tahanan juvenil sehingga dia berusia 18 tahun.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca