Jadi ‘Orang Kaya Baru’ Selepas Dibedah, Emas Cecah RM280,000 Dijumpai Di Dalam Perut Wanita Ini

Sepasukan doktor di Hospital Madhya Pradesh yang terletak di wilayah Chhattarpur, India terkejut dengan apa yang ditemui mereka setelah menjalankan pembedahan ke atas seorang wanita. Perut wanita yang dikenali sebagai Runi Khatun itu dipenuhi dengan sejumlah barang kemas mencecah kira-kira RM280,000.

Pada mulanya, Runi yang berusia 26 tahun itu dibawa ke hospital kerana dia berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya setelah dia muntah setiap kali menjamah apa-apa makanan.

Setelah pemeriksaan dilakukan ke atas wanita itu, doktor yang merawatnya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Runi. Sepasukan pakar bedah kemudiannya mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan ke atas mangsa dan prosedur itu ternyata berakhir dengan kejutan besar.

Sewaktu dibedah, 60 utas rantai, 80 bentuk anting-anting, 46 keping duit syiling, lapan loket, 11 anting-anting hidung, empat kunci, lima rantai dan satu jam telah berjaya dikeluarkan daripada perut Runi.

Menurut ibu kepada Runi, sejumlah barang kemas miliknya memang ‘lesap’ sebelum ini nampun dia langsung tidak menyangka ia angkara anak perempuannya sendiri.

Katanya, setiap kali disoal mengenai kehilangan duit syiling dari kedai abangnya, Runi sering menangis.

Sementara itu, doktor yang merawat Runi iaitu Doktor Siddharta Biswas memberitahu bahawa mangsa berada dalam keadaan sangat lemah dan kurus sewaktu dibawa ke hospital.

“Keadaan dia sangat kritikal dan memerlukan sekurang-sekurangnya lima botol darah,” katanya.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Runi langsung tidak boleh makan dan mereka terpaksa merujuknya ke bahagian nutrisi untuk menstabilkan keadaannya dalam tempoh seminggu sebelum dapat dibedah.

“Kalau pesakit dibedah awal, risiko pesakit mati adalah tinggi,” katanya lagi.

Prosedur pembedahan itu mengambil masa kira-kira satu jam 15 minit. Doktor dilaporkan berjaya mengeluarkan semua benda asing daripada perut Runi dan dia kini berada dalam keadaan stabil.

Artikel Lain Untuk Di Baca