Jadi Mangsa Ragut Dua Kali Dalam Satu Masa, Wanita Ini Dikecam Warganet Sebab Tak ‘Alert’

Seorang wanita melalui detik menyeramkan apabila dia menjadi mangsa ragut dua kali dalam masa yang sama.

Kejadian yang berjaya dirakam lensa kamera litar tertutup (CCTV) itu dikatakan berlaku di Metro Prima, Kepong pada jam 3.47 petang.

Menerusi video yang dikongsikan ke laman sosial Facebook itu memaparkan seorang wanita sedang melintas jalan sebelum dia dipanggil seorang lelaki berbaju biru yang menaiki sebuah motosikal.

Mangsa kemudiannya diserang lelaki berkenaan sehingga jatuh terduduk sebelum dihampiri penunggang motosikal lain yang mengenakan baju berwarna hijau.

Wanita yang kelihatan masih terpinga-pinga dengan kejadian yang baru menimpanya itu kemudiannya diserang kali kedua oleh pemuda kedua sebelum dia juga berlalu pergi menaiki motosikal.

Difahamkan, terdapat kemungkinan bahawa dua peragut itu bekerjasama dalam melakukan jenayah itu ekoran mereka dapat dilihat seolah-olah menghantar insyarat dengan tangan sebelum kejadian ragut itu berlaku.

Rakaman berkenaan kini tular di media sosial Facebook. Namun begitu, segelintir warganet telah menyalahkan mangsa kerana tidak peka dengan keadaan sekeliling.

Selain itu, ada juga warganet yang mengecam wanita itu kerana keluar rumah dengan memakai rantai emas sehingga berjaya menarik perhatian penjenayah.

Jadi, apa pendapat anda? Adakah anda setuju dengan komentar yang dilontarkan warganet?

Untuk membaca artikel lain berkaitan jenayah, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca