Search
Close this search box.

Izara Aishah Dan Adib Khalid Kongsi Wajah Puteri Sulung Selepas 7 Hari Bersalin

Setelah seminggu pelakon jelita Izara Aishah melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 2.9 kilogram, nampaknya ramai yang sudah tidak sabar mahu melihat wajah zuriat pertamanya.

Menerusi Instagram suaminya, anak tiri kepada Dato Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid telah memuat naik beberapa foto bersama dengan cahaya mata mereka.

Menerusi postingnya itu, Adib memanjatkan rasa syukur dengan kelahiran puteri sulungnya yang diberi nama, Irisa Alaia Binti Muhammad Adib.

“Sekarang kami bertiga… Alhamdulillah syukur, puteri kami Irisa Alaia Muhammad Adib telah lahir pada 15 April lalu, ianya adalah salah satu momen paling menggembirakan dan tidak dapat dilupakan bagi saya dan Izara.

“Selamat datang ke dunia Alaia, hati saya teruja ketika mendengar tentang kamu dan sekarang di sini bersama kami. Bapa dan ibu sangat gembira dan meletakkan sepenuh cinta terhadapmu.

“Semoga menjadi anak yang diberkati dan mampu menggembirakan semua di sekelilingmu, menjadi anak soleh dan berjaya dunia dan akhirat,” tulis Adib dalam bahasa Inggeris.

Dalam pada itu, Adib juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

“Terima kasih atas semua doa dan sokongan… kami sangat hargai setiap ucapan yang baik-baik itu dan kami berharap dapat berjumpa semua orang secepat mungkin!

“Semoga jumpa nanti, jaga diri dan ini beberapa foto keluarga yang ingin kami kongsikan dengan semua orang,” tulisnya.

Semoga Irisa Alaia menjadi seorang anak yang solehah serta mampu membahagiakan kedua ibu bapa.

Untuk membaca artikel lain berkenaan industri hiburan di Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca