“Itu Aku Buat Geli-Geli Je, Yang Ini Baru Serius.” – Borak Petang Tentang Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck

Kelmarin, sesudah Asar saya melewati kawasan Bandar Utama. Cuaca seharian yang agak panas membuatkan saya terfikir untuk mencari kedai untuk berehat sebentar sambil ‘ngeteh’. Serta merta saya teringakan rakan penulis iaitu Nami Cob Nobbler yang kini berkerja di Bandar Utama. Telefon pintar bersarungkan karakter kartun yang berada di konsol tengah kereta dicapai lalu saya cari nama ‘Nami 2018’ daripada senarai contacts.

“Hello, Nami. Ngeteh moh?” saya straight to the point.

“Aku dah nak siap kerja ni. Lagi 15 minit. Ambik aku boleh?” jawab Nami.

“Ok aku tunggu kat bawah.”

Bersama ‘janji Melayu’, Nami terkedek-kedek berjalan ke arah kereta saya sambil senyum simpul 25 minit kemudian.

“Nami dan kelewatan memang tak dapat dipisahkan. Bagai aur dengan tebing.” saya buat muka serius ketika Nami masuk ke dalam kereta.

“Hehe. Sibuk sikitlah, bro.” Nami senyum lagi, kali ini dengan muka kesian. Macam kucing pulak dah saya tengok Nami ni. Boleh berubah-ubah ekspresi wajahnya dengan tiba-tiba.

“Lama tak jumpa, apa khabar kau sekarang?” saya hulurkan tangan untuk salam bro-bro.

“Bolehlah, masih bernafas di bumi Tuhan yang geosfera ini.”

“Oh geosfera ke? Ingatkan flat! Kahkahkah. Dengar cerita kerja best sekarang. Dress up pun dah makin smart nampak gayanya.” saya memulakan pemanduan mencari kedai kopi.

“Sekarang ni kerja dengan SWG Sdn Bhd, syarikat yang buat website Teh Tarik Times dan website makanan Fork.”

“Oh buat kerja menulis la ni. Mantap. Pasal buku baru, ceritalah sikit tentang apa buku tu. Senang aku nak share kat pembaca I Am Lejen nanti.”

“Kalau follow siri Cheras Perdana (CP) ni, korang akan tau yang geng CP yang empat iaitu Nizam, Eleena, Kamelia dan Adli akan sentiasa ada adventure dia. Dalam Rumah No. 6 yang lepas, diorang siasat kes pembunuhan dan ilmu hitam mistik. Kali ni dalam Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck ni, diorang menemui peta harta karun yang dikaitkan dengan sejarah Melaka pada abad ke-19 semasa menjadi Negeri-Negeri Selat.”

KLIK UNTUK PRA-TEMPAH TENGGELAMNYA HARTA KARUN VAN DER WIJCK

“Ok. Bagi aku satu ayat paling best daripada buku tu.”

Nami terdiam sejenak. Otaknya ligat mengimbas kembali ayat-ayat yang pernah dikarangnya dalam pembikinan Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck. “Setiap kepercayaan perlu diuji, termasuklah cinta. Itu ayat Eleena.” ujar Nami seketika kemudian.

“Padu. Siri Cheras Perdana ni akan ada kesinambungan lagi ke?” saya membelok memasuki kawasan Kayu Ara.

“Dia bukan sahaja akan ada, dia ada macam-macam cerita. Konsep cerita CP ni macam, kau pernah tak baca buku Lima Sekawan? Setiap buku dia ada cerita sendiri tapi wataknya sama. Ha, macam Harry Potter jugak. Setiap buku ada adventure dia sendiri.”

“Ada yang kata, baik baca kat Wattpad je. Ha macam mana tu?”

“Kat Wattpad tu aku sentuh sikit je buat geli-geli. Dah la aku tulis sambil baring, tentu-tentulah kau baca dengan tatabahasa pun ke laut. Versi buku ni lebih teliti dan serius. Dengan adanya saudari Maria jadi editor, baca pun jadi lagi best.”

KLIK UNTUK PRA-TEMPAH PAKEJ KOMBO TENGGELAMNYA HARTA KARUN VAN DER WIJCK + RUMAH NO.6

“Hmm tulah. Kedekut betul. Semua nak free je depa ni. Support la sikit, ye dak? Haa, aku nak tanya ni. Berapa kali kau dah baca buku atau tengok filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck?”

“Secara jujurnya aku tengok Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck kat VCD tu sekali je, tu pun tak habis. Tapi aku baca buku tu seawal aku kat sekolah masa aku pengawas pusat sumber dulu.”

“Suka tak dengan cover Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck?”

“Comel la. Kapal zaman purba ni aku memang suka. Macam Pirates of the Carribean la.”

“Puas hati dengan kerja editor, Maria?”

“Maria superb doh. Dia jadi editor, benda sekecil-kecil pun dia refer penulis.”

“Tu baru betul editor kan?”

“Hahaha! No comment.”

“Bagi aku 3 sebab kenapa pembaca kena beli buku baru kau ni.”

“Ok macam ni:

1. Kalau kau peminat sejarah, kau akan tahu tentang sejarah komplot imperialis menjajah Asia Tenggara ni.

2. Kalau kau suka cerita adventure, cerita ni memang adventure yang best. Mana ada lagi dah buku siri penyiasatan dan cari harta karun yang diterbitkan dalam bahasa Melayu pada abad ke-21 ni.

3. Once kau sangkut dengan siri CP ni, kau mesti nak tahu next episode. Kau akan anticipate next episode. Aku beritahu kau, ada empat lagi siri ni sebenarnya. Kalau ada rezeki tu akan terbitlah lagi.

Cukuplah tiga sebab ni. Mesti beli.”

KLIK UNTUK PRA-TEMPAH KOMBO 3 BUKU: TENGGELAMNYA HARTA KARUN VAN DER WIJCK + RUMAH NO.6 + 1 JUDUL BUKU NAMI YANG LAIN

“Ada pesanan lain?”

“Pesanan aku ialah pertama, kau jangan percaya dakyah budak flatearth dan anti vax. Yang kedua, rajinlah membaca kerana membaca ni jambatan ilmu. Dan yang ketiga, jangan lupa follow @TamanBunyi kerana tu projek terbaru aku dan kawan-kawan, menulis pasal muzik pulak.”

“Ok ngam. Dah sampai ni. Lepak warung tepi jalan ni ok tak?”

“Ok je, bro. Janji kopi dia sedap.”

Petang itu berlalu dengan sembang santai yang sekali-sekala cerita kami kembali menggamit kenangan-kenangan lalu.

Kepada semua pembaca, Nami kirim salam sayang, “dan terima kasih banyak sebab support beli buku aku dari dulu sampailah sekarang. Aku hargai.”

Artikel Lain Untuk Di Baca