Isu Video Mesra Dengan Aliff Aziz, Ini Respons Intan Najuwa

Nama aktres jelita Intan Najuwa menjadi bualan ramai semalam selepas tular sebuah video memaparkan dirinya memeluk Aliff Aziz di Genting Highlands, Pahang.

Selepas video itu tular, Intan tampil menjelaskan tentang isu tersebut menerusi Instagram story miliknya bahawa babak mesra itu dirakam ketika dia bersama Aliff menjalani penggambaran drama terbaharu mereka.

Sumber: Instagram Aliff Aziz

Intan turut menegaskan bahawa semua kru produksi yang terlibat dalam drama berkenaan turut berada di set penggambaran pada waktu itu.

“Kan tengah buat penggambaran. Nampak tak kamera sedang rolling itu? Semua orang ada di situ. Kami tengah menjalankan penggambaran untuk drama terbaharu kami,” tulisnya.

Pelakon Tak Sempurna Mencintaimu itu turut meminta pihak di luar sana tidak menyebarkan perkara negatif dan berita tidak benar.

“Ingat apa nak peluk saja-saja ke? Dah tak ada kerja sangat ke? Headline pun mengundang. Kenapa perlu sebarkan benda-benda negatif?” tambahnya.

Sumber: Instagram Intan Najuwa

Untuk pengetahuan semua, seorang pengguna TikTok memuat naik video di mana dia terserempak dengan Intan dan Aliff yang dilihat sedang berpelukan di pusat peranginan tersebut pada pada ketika itu sehingga mengundang kecaman daripada orang ramai.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan industri hiburan tanah air, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca