Isu Topeng Muka Bocor, Ini Penjelasan Daripada Aliff Syukri

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman tampil memberi penjelasan selepas terpalit dalam isu topeng muka bocor baru-baru ini.

“Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua orang yang sudi membaca curahan hati ini. Sebenarnya, isu video live topeng muka yang bocor itu saya tidak sangka akan berlaku kerana saya hanya membuat pre-order sahaja sedangkan mask itu tidak dijual sama sekali,” jelasnya.

Menurut Aliff lagi, topeng muka itu baru sahaja sampai dari kilang dan atas sebab itu, pihaknya mahu melihat respons pengguna terhadap kualiti mask tersebut.

“Saya minta maaf sekiranya ada yang menganggap saya cuba untuk menipu pengguna kerana saya sendiri pun tidak jangkakan perkara tersebut.

Kami telah menaik taraf kualiti topeng muka kami dan ia tidak akan bocor lagi pada kali ini,” jelasnya yang akan memberi sumbangan sebanyak 1,000 keping topeng muka kepada golongan yang memerlukan.

Bagi yang masih keliru, kontroversi topeng muka ini mula tercetus selepas Aliff cuba untuk melakukan uji kaji dengan mencurahkan air ke dalam mask tersebut.

Walau bagaimanapun, air yang dituang itu pula menitis keluar namun usahawan itu kelihatan tetap meneruskan promosi barangan tersebut dengan mendakwa ia merupakan satu produk yang berkualiti.

Sebagai peringatan, tolong patuhi arahan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Aliff Syukri, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca