Isu Tiket AFF Kurang Kerana Konsert Jay Chou, Ini Respons Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menjelaskan bahawa pihak penganjur Jay Chou Carnival World Tour telah menempah Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur terlebih dahulu untuk mengadakan konsert.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Hannah menjelaskan bahawa pihak penganjur telah menempah stadium berkenaan pada 13 Mac 2019.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pula membuat tempahan untuk Kejohanan Bola Sepak ASEAN (Piala AFF) 2022 pada 18 Ogos tahun lalu.

Booking (tempahan) stadium konsert Jay Chou World Tour dibuat 13 Mac 2019 manakala AFF 2022 oleh FAM dibuat 18 Ogos 2022.

Konsert perlu 14 hari pasang pentas oleh 500 kru + 185 kru antarabangsa, 45 jentera berat, 200 speaker dan 800 lampu. Mereka dah delay 2.5 hari bagi ruang AFF,” jelasnya.

Sumber: Twitter @hannahyeoh

Memetik laporan Berita Harian, penyokong skuad Harimau Malaya telah ‘menyerang’ akaun Facebook Jay Chou selepas persediaan konsert selebriti terkenal Taiwan itu menyebabkan 21,000 tempat duduk Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa dikosongkan.

Rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati selepas penyanyi yang bakal melangsungkan konsertnya pada 15 Januari itu menyebabkan mereka gagal mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir Piala AFF 2022 berdepan Thailand pada Sabtu ini.

Selain meluahkan rasa tidak puas hati, mereka turut menuntut Jay menangguhkan konsert berkenaan bagi memberi laluan untuk ‘pemain ke-12’ memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya.

Sumber: Instagram @jaychou

Menerusi tinjauan kami di laman Twitter, Malaysia bukan satu-satunya negara yang berdepan situasi ini kerana Singapura juga tidak dapat beraksi di Stadium Nasional Singapura ketika menentang Myanmar pada tahun lalu.

Mereka terpaksa memilih Stadium Jalan Besar yang berkapasiti 6,000 penonton sebagai venue alternatif kerana stadium berkapasiti 55,000 penonton itu telah ditempah khas untuk acara konsert Jay Chou pada 17 dan 18 Disember tahun lalu.

Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca