Isu Temu Bual Bersama Isteri Arwah Abam Bocey, Ali Puteh Cabar Dato’ Aliff Syukri Untuk Berjumpa

Semalam usahawan kosmetik Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman telah mencetuskan kontroversi apabila video secara langsungnya di Facebook yang sedang menemu bual balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Norhidayah Mohd Ali telah tular dikalangan warganet.

Kontroversi tercetus apabila terdapat soalan-soalan yang berbentuk peribadi diajukan kepada Norhidayah yang mengundang pelbagai spekulasi yang tidak elok dikalangan warganet.

Sehubungan dengan itu, Ali Puteh telah memuat naik beberapa posting yang berbaur emosi terhadap kakak iparnya dan Aliff Syukri.

Namun, posting berkaitan kakak iparnya telahpun dipadam dan hanya yang ditujukan kepada Aliff Syukri sahaja masih dikekalkan.

Merujuk kepada posting tersebut, Ali Puteh mencabar Aliff Syukri untuk berdepan dengan dia sekeluarga dan mendakwa Aliff Syukri mengambil kesempatan demi meraih kekayaan.

https://www.instagram.com/p/B8vv0yrltPB/
https://www.instagram.com/p/B8v5cPnlskl/

https://www.instagram.com/p/B8wDVsIHgEh/

Berikutan posting tersebut, Aliff Syukri telah memberi kenyataan balas kepada Ali Puteh menerusi laman Instagram miliknya. Menurut Aliff Syukri, dia tidak faham kenapa rakamannya menjadi isu walhal niat asalnya hanyalah untuk membantu.

Dia juga menjelaskan yang dia sudahpun meminta kebenaran daripada Norhidayah sendiri sebelum menyoal dan memuat naik semua rakaman video langsung di laman Facebook.

“Saya tak kaya pun kerana duit YouTube, dah lama buat perniagaanlah. Tunggu tindakan saya,” ujarnya menerusi laman sosial Instagram miliknya apabila dituduh mahu mengaut keuntungan melalui rakaman tersebut.

Berikutan kes ini, Michael Ang memuat naik video menerusi laman sosial Instagram miliknya meminta semua pihak yang terlibat untuk menyelesaikan masalah ini secara berdepan dan bukan melalui media sosial.

Untuk rekod, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan dan Nor Hidayah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 5 bulan.

Untuk membaca artikel lain berkaitan selebriti, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca