Tindakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak menampal pelekat dalam bahasa Cina di beberapa buah papan tanda jalan di sekitar bandar raya Kuching boleh dianggap sebagai perbuatan tidak peka dengan sentimen masyarakat majmuk di negeri Sarawak.
Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dalam satu kenyataan mengatakan bahawa perbuatan ini juga melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963.
“DAP tidak sepatutnya mengheret DBKU dalam (memenuhi kehendak agenda) politik mereka. Mereka tidak sepatutnya terikut-ikut dengan apa yang dilakukan (tanpa mengambil kira sensitiviti di antara kaum seperti) di Semenanjung Malaysia,” kata Dr. Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian semasa mengulas tindakan sekumpulan ahli DAPSY Sarawak pada Khamis yang bertindak menampal pelekat dalam bahasa Cina pada beberapa papan tanda jalan di bandar raya ini atas alasan ia perlu diterjemahkan dalam bahasa itu untuk keperluan pelancong dari China.
Happened in my hometown. What are you trying to pull DAP Sarawak?
— Sakinah Al-Habshee 🌻🇲🇾 (@serenitysakinah) August 20, 2020
Melanggar undang-undang dan cubaan mencetuskan ketegangan antara kaum? @dapmalaysia pic.twitter.com/glK9eHC3NN
Tindakan yang diketuai bekas Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan itu turut menjadi tular di media sosial dan telah mengundang pelbagai reaksi daripada seluruh rakyat Malaysia.
Menurut Dr. Abdul Rahman, tindakan tersebut juga dianggap sebagai vandalisme dan melanggar peraturan DBKU kerana ia sama sekali tidak mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan itu.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Fazzrudin Abdul Rahman menyifatkan tindakan DAPSY Sarawak ini sebagai sengaja untuk mengeksploitasikan isu bahasa yang boleh mencetuskan ketegangan kaum di negara kita.
Kata Fazzrudin, Pemuda PBB yakin semua rakyat di Sarawak yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama menyayangi bahasa dan budaya masing-masing tetapi pada masa yang sama, setiap individu perlu bersikap realistik dalam mempertahankan keharmonian kaum yang dinikmati selama ini.
“Budaya politik negatif sebegini sememangnya tidak diterima di Sarawak yang amat menghargai perpaduan,” kata Fazzrudin menerusi satu kenyataan.
Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: