Isu Siapa Lebih Underpaid Antara Doktor Dan Engineer, Hafiz Mahamad Pilih Tukang Kutip Sampah

Isu pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) untuk semua penjawat awam menjadi bualan ramai pada akhir tahun lalu.

Selepas isu berkenaan menjadi tular, ramai warganet mula mengutarakan pendapat mereka mengenai doktor ataupun jurutera yang lebih menerima gaji tidak setimpal.

Untuk itu, kami bertanya kepada orang ramai untuk perspektif mereka mengenai topik berkenaan.

Ramai yang memilih doktor berbanding jurutera sebagai golongan underpaid untuk sebab yang berbeza.

Ada yang berkata bahawa proses pembelajaran untuk menjadi seorang doktor itu mengambil masa yang lama dan menelan kos perbelanjaan yang tinggi.

Ahli perniagaan terkenal iaitu Hafiz Mahamad menganggap bahawa kerjaya ini melibatkan nyawa orang lain dan tidak mempunyai waktu kerja yang tetap.

Untuk itu, ramai yang menganggap bahawa seorang doktor perlu menerima gaji yang setimpal dengan kerja yang mereka lakukan.

Dalam pada itu, orang ramai turut berkongsi pandangan mereka mengenai golongan lain yang turut menerima gaji tidak setimpal selain daripada doktor dan jurutera.

Salah satu jawapan yang diberikan kepada soalan ini ialah seorang juruteknik dengan alasan mereka menerima gaji yang tidak setimpal walaupun mempunyai semua kelayakan yang diperlukan.

Untuk menjawab persoalan antara siapa lebih underpaid selain daripada doktor dan jurutera, Hafiz Mahamad menganggap bahawa tukang kutip sampah tidak menerima gaji setimpal dengan pekerjaan mereka.

Sekiranya terdapat golongan yang tidak menerima gaji setimpal dengan kerja yang dilakukan, sudah tentu terdapat individu yang menerima gaji lebih daripada sepatutnya.

Untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai isu underpaid dan overpaid yang menjadi bualan ramai di laman media sosial daripada pandangan orang ramai, anda boleh tonton video di bawah:

Sekiranya anda ingin membaca lebih banyak artikel mengenai pekerjaan yang tidak menawarkan gaji yang setimpal, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca