Isu Tentang Filem Pulau, Ini Respons Alif Satar Dan Ikmal Amry

Sejak trailer filem Pulau dilancar, terdapat topik hangat netizen di media sosial mendakwa filem itu mengandung adegan panas dan pemakaian kurang sesuai untuk ditonton masyarakat Malaysia.

Dua pelakon lelaki utama filem Pulau, Ikmal Amry dan Alif Satar terpanggil untuk memberi respon masing-masing terhadap perkara itu.

Menurut pelakon Ikmal Amry, dia mengetahui batas yang perlu dijaga serta sudah memaklumkan kepada pengarah Euho supaya tidak terlibat dengan babak-babak keterlaluan.

Sumber: CARI

“Sejak awal penggambaran filem tersebut saya sudah beritahu enggan terlibat dengan babak-babak sebegitu. Kalau buka baju pun hanya mengikut keperluan,” ujarnya.

Selain itu, Ikmal juga menegaskan perkara itu tidak perlu diperbesarkan dan penonton mempunyai hak untuk tidak datang ke pawagam untuk menonton filem berkenaan.

“Kalau ada yang tidak suka tak perlu tengok. Anda yang membeli tiket wayang, jadi ada pilihan untuk pergi pawagam atau tidak.”

Manakala pelakon, Alif Satar mengulas perkara ini dengan memberitahu bahawa pengarah menghormati pendirian pelakon sepanjang penggambaran filem itu.

Sumber: Newsvav

“Alif terkejut sebab mereka sangat memahami. Dalam masa sama rasa gembira sebab pengarah faham dan saya tidak lakonkan babak yang pelik dalam filem Pulau.

“Pengarah dah pilih pelakon bangsa lain untuk bawa babak ‘panas’ itu. Sebab itu, pelakon filem ini menampilkan masyarakat majmuk dan datang dari pelbagai belakang,” katanya.

Alif juga menjelaskan dia ada melakukan perbincangan dengan pengarah jika aksi yang dilakonkan tidak bersesuaian dengan budaya Malaysia.

“Saya dah agak akan ada kerisauan macam ini. Tetapi kalau saya rasa tak sesuai dengan babak itu, saya akan beri pendapat kepada pengarah minta tukar.”

Sumber: Berita Harian

Selain Alif dan Ikmal, filem Pulau yang bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Mac depan dibarisi pelakon Amelia Henderson, Ms Puiyi, Mark O’Dea, Vikar, Joey Leong dan Sanjna Suri.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca