Isu Rujuk Semula Dengan Isteri Pertama, Ini Jawapan PU Abu

Hana Azraa baru-baru ini mendedahkan bekas suaminya iaitu pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan telah berbaik semula dengan isteri pertamanya, Ain Afini.

Walau bagaimanapun, PU Abu cuma mengambil langkah ‘kunci mulut’ sebagai respons terhadap dakwaan tersebut. Pendakwah bebas itu tidak mahu menggunakan media sosial sebagai platform untuk bercerita tentang kehidupan peribadinya.

“Saya mengambil jalan untuk ke belakang dalam apa-apa yang melibatkan soal rumah tangga atau urusan peribadi kerana media sosial bukanlah tempat untuk saya cerita hal tersebut.

Saya tidak mahu komen apa-apa berhubung perkara tersebut. Sekiranya anda mahu mengetahui dengan lebih lanjut, anda perlu tanya Hana sendiri,” ujarnya kepada mStar.

Bagi yang masih keliru, Hana mendakwa pendakwah bebas berkenaan sudah rujuk semula dengan isteri pertama selepas dua minggu mendirikan rumah tangga bersamanya.

Sementara itu, Hana menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya dia terpaksa membuat pendedahan berkenaan kerana tidak mahu anaknya bersama PU Abu iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen menerima kecaman daripada orang ramai.

“Saya terpaksa mendedahkan perkara itu di media sosial kerana sudah terlalu lama mendiamkan diri. Apabila saya diam, warganet salahkan dan kutuk saya malah ada juga yang turut kaitkan anak saya sekali dalam hal ini.

Saya tidak muat naik perkara tersebut untuk membuka aib mana-mana pihak tetapi saya cuma ingin bersihkan nama saya supaya mereka berhenti berkata buruk mengenai anak saya juga.

Saya cuma harapkan Abu dan Ain mengaku sahaja mereka sudah kembali sebagai suami isteri. Mereka tidak perlu lagi berdolak-dalik sehingga menyebabkan ramai orang tidak berhenti menyalahkan saya dan anak,” jelasnya.

Apa-apa pun, semoga semua pihak yang terlibat dapat menemui jalan penyelesaian terhadap isu ini.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan PU Abu, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca