Isu Robohkan Khemah Milik Jakel, MBSA Tampil Beri Penjelasan

Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah merobohkan sebuah khemah besar milik syarikat gedung tekstil terkemuka Jakel di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam semalam.

Pihak MBSA turut menyatakan khemah itu menggunakan bekalan elektrik daripada pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) secara tidak sah.

Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah Jakel Shah Alam iaitu Mohamed Izani Mohamed Jakel menidakkan dakwaan berlaku kejadian kecurian bekalan elektrik.

Jakel mempunyai meter yang sah dan tidak pernah terlepas membayar bil setiap bulan. Mohamed Izani turut menafikan dakwaan bahawa struktur elektrik khemah itu tidak dibina mengikut spesifikasi dan perkara itu boleh mengundang bahaya kepada orang awam.

Bagi menjawab dakwaan khemah tersebut dipasang tanpa kebenaran pihak berkuasa, Pengarah Jakel Shah Alam itu menjelaskan bahawa ia bukan milik syarikatnya.

“Khemah itu sebaliknya milik sebuah syarikat yang berpangkalan di Johor Bahru. Syarikat berkenaan tidak dapat menyambung permit ditambah pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi pihak kontraktor tidak sempat untuk merobohkan khemah tersebut,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Dalam pada itu, pihak MBSA telah mengeluarkan sebanyak empat Notis Amaran Kesalahan kepada Jakel sejak tahun 2015. Hal ini demikian kerana syarikat itu gagal mematuhi arahan pihak berkuasa sebelum tindakan perobohan dilakukan MBSA.

Kenyataan MBSA berbunyi, “Pihak MBSA telah merobohkan struktur khemah milik sebuah syarikat terkemuka di Seksyen 7 kerana mendirikan struktur binaan tanpa kebenaran.

Untuk makluman, pihak MBSA telah mengeluarkan sebanyak empat Notis Amaran Kesalahan kepada syarikat ini sejak 2015. Syarikat ini gagal mematuhi arahan pihak Majlis sebelum tindakan perobohan dilakukan pihak MBSA.”

Walau bagaimanapun, pihak MBSA telah menangguhkan operasi meroboh yang sepatutnya dijalankan pada 5 April 2020. Selain itu, hasil pemeriksaan mendapati pihak syarikat mempamerkan iklan perniagaan tanpa kebenaran pihak MBSA.

Tindakan telah diambil mengikut Undang-Undang Kecil Iklan (MBSA) 2007 kerana mempamerkan iklan perniagaan tanpa kelulusan pihak Majlis. Semakan MBSA turut mendapati pihak syarikat tidak mempunyai lesen perniagaan untuk beroperasi di tapak tersebut.

Atas sebab itu, satu operasi perobohan telah dilakukan oleh pihak MBSA pada 13 Mei 2020 melibatkan 95 kakitangan daripada pelbagai Jabatan dalaman MBSA.

Hasil tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet persoal mengapa baru sekarang ianya dirobohkan sedangkan khemah itu sudah dipasang lama dan aktiviti jual beli juga sudah berlaku untuk jangka masa yang lama:

Apa-apa pun, diharapkan kejadian seperti ini tidak akan lagi berulang pada masa hadapan.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan usahawan tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca