Baru-baru ini, tular mengenai isu perkauman seperti yang diwar-warkan di media sosial. Belum reda lagi isu George Floyd yang meninggal dunia setelah seorang pegawai polis berkulit putih, Derek Chauvin menekan lutut di lehernya selama hampir sembilan minit sambil kedua-dua tangannya digari dan terbaring dengan muka terlentang di atas jalan.
Kini, isu ini semakin lama semakin hangat diperkatakan selepas banyak perkara yang cuba dikupas oleh warganet.
Terbaharu, ciapan oleh seorang pemilik Twitter @Iqtodabal menjadi perhatian ramai setelah Iqbal membuka kisah mengenai sebuah hostel di kawasan Masjid Jamek iaitu Reggae Mansion Kuala Lumpur yang tidak menerima pelanggan dalam kalangan orang Asia dan juga Afrika.
In case korang tak pernah dengar, ada satu hostel ni kat area2 Masjid Jamek yg tak kasi org Asia/Africa stay tempat diorg, TERMASUK ORG MALAYSIA SENDIRI.
— Iqbal (@Iqtodabal) June 13, 2020
Honestly surprised that this business has managed to last this long without Malaysians tearing the shit out them. https://t.co/QZ05Vd6EvL pic.twitter.com/M66dUmbUOl
Untuk makluman anda, ini bukanlah kali pertama Reggae Mansion Kuala Lumpur berbuat demikian. Pada tahun 2011, pihak mereka telah menerima banyak kecaman sehingga disiasat oleh Tourism Malaysia DG. Namun, mereka masih meneruskan sikap perkauman itu sehingga menimbulkan kemarahan banyak pihak.
Menurut tinjauan yang dilakukan, rata-rata pelancong yang pernah menginap di hostel berkenaan meninggalkan komen serta meluahkan kekecewaan mereka mengenai sikap prejudis pekerja staf hostel berkenaan.

Ada juga pelancong yang pernah dibatalkan tempahan bilik mereka gara-gara telah melanggar dasar polisi hostel berkenaan. Persoalannya, mengapakah pihak hostel Reggae Mansion Kuala Lumpur melaksanakan polisi sedemikian?

Jika anda perhatikan, gambar-gambar dan video yang dimuat naik di Facebook mereka kebanyakannya hanya orang berkulit putih sahaja yang dipertonjolkan seolah-olah mereka hanya ingin orang berkulit putih sahaja yang menginap di hostel berkenaan.

Menurut tinjauan di Twitter, banyak pihak yang menyuarakan pendapat mereka serta tidak kurang juga yang pernah mengalami situasi yang sama.
I remember I was showing my friends from Canada around KL and we wanted to go for a drink, the hotel staff said I can't go in but my Canadian friends could. My Canadian friend told the manager off and we went for drinks at Chinese Coffee shop. https://t.co/EVdMwm4Sqx
— Prakash Daniel (@prakashdaniel) June 14, 2020
i thought they would allow chinese cuz u kno lol but then i see chinese also got same treatment so uhhh this is a white supremacist own business and why are we still let this hotel standing strong still https://t.co/jc0sImMbRk
— chia š¹šCOMMS STILL FULL (@falconene) June 14, 2020
A racist hotel in Malaysia? This needs to be called out https://t.co/hYXUDwyE2l
— Nhan.J (@Nhanthinhi) June 13, 2020
Here's one of an archive review in Google Maps about Reggae Mansion. pic.twitter.com/A4YxXypzOt
— Blackenčµéę¹ (@blackenlai28) June 13, 2020
Apakah pendapat anda mengenai isu ini? Kongsikan bersama kami.
Untuk membaca lebih banyak artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: