Isu Perkahwinan Tanpa Restu, Ini Respons Hannah Delisha

Baru-baru ini, nama Hannah Delisha terpalit dalam kontroversi selepas aktres tersebut didakwa telah berkahwin dengan aktor Imam Shah setahun lalu dan perkahwinan tersebut dikatakan tidak direstui ibunya.

Sumber: Instagram @hannahdelisha

Tidak berhenti di situ, ibu Hannah Delisha iaitu Noor Ashikin memuat naik puisi dengan tanda pagar #IbuTidakRestu di mana ia dipercayai memberi gambaran terhadap situasi yang sedang berlaku.

Pelakon Tercipta Satu Ikatan tersebut akhirnya membuka mulut selepas kontroversi yang melanda beliau menerusi satu ciapan di laman Twitter.

“Seperti anda semua, saya juga mempunyai masalah peribadi. Saya minta maaf sekiranya masalah tersebut tersebar luas kepada umum. Sejak menyertai industri hiburan, saya cuma mahu menghiburkan anda semua iaitu peminat menerusi hasil kerja dan bukannya kehidupan peribadi.

Saya seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada terlibat dalam sebarang gosip demi menjaga nama baik negara sendiri. Saya berharap untuk sentiasa berada di atas jalan ini. Insya-Allah,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon 30 Pesanan Suara berkenaan turut membuat permohonan maaf atas segala berita tidak enak membabitkan dirinya dan keluarga.

Sumber: Twitter Hannah Delisha

“Saya minta maaf sekali lagi atas semua berita kurang enak melibatkan saya dengan keluarga. Anda berhak mendapat yang lebih baik daripada saya berbanding semua ini.

Apa yang saya harapkan adalah doa daripada anda semua untuk kami dan juga ruang privasi untuk membaiki keadaan tersebut,” katanya lagi.

Sumber: Instagram @hannahdelisha

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet menyokong Hannah dalam perkara ini:

Apa pendapat anda berkenaan isu ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca