Isu Pengurus Didakwa Berlagak Dan Bermulut ‘Puaka’, Khairulaming Tampil Mohon Maaf

Sikap seorang individu dipercayai merupakan pengurus kepada Khairul Amin Kamarulzaman ataupun lebih dikenali sebagai Khairulaming mula menjadi buah mulut selepas orang ramai meluahkan rasa kecewa kerana dilayan secara kasar setiap kali mahu berurusan dengannya.

Luahan warganet yang pernah berurusan dengan pengurus Khairulaming. Sumber: Twitter

Selepas isu berkaitan pengalaman buruk yang dihadapi oleh orang ramai ketika berurusan dengan pengurusnya tular di media sosial, Khairulaming tampil membuat permohonan maaf dan mengaku bahawa dia terlepas pandang kerana urusan komunikasi berkaitan kerjasama berbayar diserahkan kepada pengurus itu.

“Terima kasih di atas maklum balas anda. Saya mohon maaf di atas pengalaman buruk yang anda hadapi dengan pengurus saya.

Saya terlepas pandang perkara ini kerana saya menyerahkan semua komunikasi dengan klien kepada dia. Saya akan menguruskan semua pertanyaan secara peribadi dan akan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin,” jelasnya.

Sumber: Instagram Khairul Amin Kamarulzaman

Personaliti media sosial yang menempa nama menerusi video-video masakannya itu tampil meminta maaf secara terbuka hari ini dan berkongsi langkah-langkah penambahbaikan yang bakal diambil oleh pihaknya untuk menyelesaikan masalah menerusi bebenang di laman Twitter.

Khairul menjelaskan bahawa dia sendiri yang akan menguruskan semua pertanyaan buat masa ini sehingga menemui pengganti baharu.

Selain itu, pengasas Sambal Nyet terbabit berkata bahawa dia akan berhenti buat video untuk klien buat sementara waktu sebaliknya akan fokus kepada video masakan.

I have removed all manager’s contacts from social media. For now, saya sendiri akan manage all inquiries until ada new replacement.

Buat masa ini, saya akan berhenti sekejap buat video untuk klien-klien termasuk produk makanan, restoran atau seminar dan lain-lain. I want to focus on doing what I love dari tujuh tahun lepas iaitu video masak,” jelasnya.

Sumber: Instagram Khairul Amin Kamarulzaman

Pempengaruh yang terkenal dengan trademark, “Hey what’s up guys?” itu turut meminta maaf sekali lagi kepada semua pihak yang pernah berurusan dengan pengurusnya sebelum ini.

“Saya nak minta maaf secara peribadi dengan semua pihak yang pernah berurusan dengan pengurus saya sebelum ini. Dia rakan saya dan saya percaya dia sangat-sangat untuk menguruskan perkara ini tanpa betul-betul cross-check kualiti kerja dia.

End up banyak orang ada pengalaman buruk dengan dia selama ini. Ramai juga yang menasihatkan saya untuk asingkan persahabatan dengan perniagaan dan saya setuju benda ini yang paling struggling untuk saya kerana saya bermula dari bawah dengan kawan-kawan. Saya mengambil maklum dan akan ambil tindakan sewajarnya.

Sekali lagi saya nak mohon maaf kepada semua pihak yang terlibat selama ini. Saya belajar banyak perkara hari ini dan akan cuba improve lagi pada masa hadapan. Terima kasih,” tulisnya.

Pada waktu artikel ini ditulis, permohonan maaf Khairulaming menerima lebih 5,800 ulang kicau dan 8,765 tanda suka. Anda boleh baca penjelasan penuh Khairulaming di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca