Isu Pelitup Muka Dijual RM11.20 Sekeping, KPDNHEP Tunggu Laporan Hospital

Sebuah hospital swasta di ibu negara dikesan menjual RM11.20 sen bagi sekeping pelitup muka tiga lapisan telah diarahkan menghantar laporan penjelasan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan segera.

Timbalan Menteri KPDNHEP iaitu Datuk Rosol Wahid berkata, pemeriksaan ke atas hospital swasta berkenaan sudah dilakukan berikutan terdapatnya aduan pengguna yang diterima.

Harga pelitup muka itu diletakkan terlalu tinggi berbanding harga maksimum yang telah ditetapkan iaitu pada RM1.50 sekeping.

Pesakit di hospital itu mendakwa dikenakan caj sebanyak RM201.60 bagi 18 keping pelitup muka yang dipakai jururawat untuk merawatnya.

“Untuk tindakan kementerian, kita sedang siasat, tetapi sehingga hari ini kita tidak dapat lagi laporan daripada hospital tersebut sebab mereka naikkan harga.

“Kita mahu mereka tunjuk sebab kenapa menaikkan harga tersebut dan kenapa mereka cajkan kepada pesakit. Jadi, kita tengoklah apa yang dilaporkan itu, kemudian baru kita ambil tindakan,” kata Datuk Rosol pada satu sidang media hari ini.

Menurutnya, bagi kes berkenaan kertas siasatan dibuka mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Terdahulu, KPDNHEP dalam satu kenyataan mengatakan, sebuah hospital swasta di ibu negara telah diperiksa dan beberapa dokumen berkaitan transaksi termasuk pelitup muka telah disita bagi tujuan siasatan.

Untuk baca artikel lain berkenaan pelitup muka, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca