Isu Nyanyi Lagu Rap Di Majlis Agama, Ini Respons Waris

Penyanyi Waris tampil menjelaskan bahawa ada cubaan daripada pihak tertentu yang didakwa mahu menjatuhkan dirinya selepas sebuah video lama ketika dia menyanyi di salah sebuah majlis agama tular di media sosial.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias berkata, “Guys, perang raih undi sudah mula. Mereka yang memuat naik video saya nyanyi di masjid merupakan geng-geng mungkir janji.

Video lama yang dipotong daripada Instagram TV. Mereka telah cuba tahun lepas tetapi tidak jadi. Mereka memuat naik video sama tahun ini dan berjaya viral.

Tujuan? Nak buat anda marah. Saya hanya bahan sahaja. Anda perlu berhati-hati,” ujarnya.

Sumber: Instagram @warisn9

Dalam pada itu, Waris turut meminta kepada pengikutnya di media sosial untuk berhati-hati dengan kumpulan yang mahu menjatuhkan beliau.

Waris menjelaskan klip video berkenaan sebenarnya telah dipotong daripada Instagram TV ketika dia membuat persembahan di Masjid Ibnu Khaldun semperna Maulidur Rasul pada November tahun lalu.

Buat anda yang masih keliru, video penyanyi Gadis Jolobu itu menyanyi di majlis agama berjaya mencuri perhatian orang ramai baru-baru ini.

Selepas video tersebut tular, Waris menerima kecaman hebat dan kurang disenangi warganet kerana mereka berpendapat bahawa ia tidak bersesuaian dengan majlis ilmu seperti itu.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca