Isu Minum Arak, Gelaran Dewi Remaja Ditarik Balik

Baru-baru ini tular di media sosial apabila video kelakuan tidak sopan pemenang Dewi Remaja, Haneesya Hanee tersebar. Ada yang mengatakan perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi kerana gelaran Dewi Remaja seharusnya menjadi ‘role model’ kepada golongan remaja di luar sana. Oleh sebab itu, ia telah mendapat perhatian warganet di Twitter yang masing-masing memberi pelbagai respon mengenai isu yang berlaku.

Di bawah merupakan respon yang telah ditulis oleh warganet melalui akaun Twitter:

Seterusnya, ada sesetengah warganet yang turut menyatakan sebagai seorang muslim beliau tidak sepatutnya atau tidak boleh melakukan perkara tersebut. Hal ini kerana, minum arak adalah sesuatu yang dilarang oleh Tuhan.

Di sebalik. Melalui akaun Instagramnya, Alicia Amin mempertikaikan keputusan itu sekiranya ia berpunca dari kontroversi video yang memaparkan aksi Haneesya dan rakannya di sebuah kelab malam.

“Jika dewi remaja menarik semula gelaran tersebut kerana hal ini, maka mereka patut tukar gelaran ini kepada muslimah remaja.”

“Tak payah nak acah muslimah sangat lah, ini adalah hiburan” katanya di Instagram.

Oleh itu, dengan penarikan gelaran ini, ia bermakna pada tahun 2018/2019 tiada gelaran bagi Dewi Remaja dan Haneesya Hanee juga tidak dibenarkan mengguna gelaran “finalis Dewi Remaja” bagi sebarang aktiviti seni beliau pada masa akan datang.

Sumber: Twitter, Instagram

Artikel Lain Untuk Di Baca