Isu Mawar Karim Bakal Bankrap Kerana Berhutang Adalah Palsu

Mawar Karim, usahawan tudung terkenal ini difitnah oleh seorang individu yang digelarkan sebagai ‘S’ mengatakan dia akan bankrap.

Sumber: Instagram @mawar_karim

Selain menjual tudung, Mawar juga menjual barang kemas. Dia dan bekas suaminya, Fizo Omar mempunyai cahaya mata bernama Mariam.

Media ada melaporkan bahawa Mawar akan bankrap atas sebab melarikan diri dari membayar hutang sebanyak RM720,000.

Tahun lalu, Mawar pernah menunjukkan bukti di Instagram Story, perbualan WhatsApp seorang individu bergelar ‘Dato’ arahkan untuk menularkan berita-berita palsu ini.

Ibu tunggal itu mempertahankan dirinya sekali lagi di Instagram Story mengatakan memang ada seorang individu sering reka cerita tentangnya.

Mawar beritahu individu itu juga pernah fitnah tentang Sekatan Jalan Raya (SJR) tahun lepas. Menunjukkan orang yang sama telah fitnahnya lagi..

“Wahai S, tidak habis-habis lagi reka cerita fitnah fasal saya. Tahun lalu fasal SJR, cukup setahun fasal lari hutang. Tiba-tiba bankrap pula,” tulisnya.

Usahawan ini turut menerangkan yang dia boleh sahaja membalas semula perkara ini dengan memberitahu siapa gelaran ‘S’ itu.

“Nak bagi saya malu satu Malaysia, jangan satu hari nanti terbalk pula ceritanya, orang tahu siapa gerangan S ini,” tulisnya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitananda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca