Isu Mangsa Banjir Pecah Masuk Kedai Serbaneka, Ini Respons Pengarah Urusan

Selepas tular sekumpulan mangsa banjir bertindak memecah masuk sebuah kedai serbaneka di Taman Sri Muda, Shah Alam untuk mencari makanan demi kelangsungan hidup, Pengarah Urusan Mydin tampil memberi respons berhubung insiden tersebut.

Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin berkata pihak Mydin menghalalkan barangan keperluan yang diambil oleh mangsa banjir tersebut.

“Saya turut ingin memberi maklum balas tentang insiden pecah masuk Mydin Mart tersebut yang hangat diperkatakan di media sosial, media tempatan dan sebagainya.

Sejujurnya saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut. Walau bagaimanapun, mereka mungkin tiada pilihan dalam keadaan darurat dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.

Sumber: Twitter Fareez Azman

Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memohon agar rakyat Malaysia memanjatkan doa kepada Allah SWT agar mangsa banjir terselamat dan bencana banjir serta pandemik ini sedia pulih seperti biasa.

Buat anda yang masih keliru, pihak polis mengesahkan terdapat beberapa kejadian pecah masuk kedai serbaneka di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Ia berlaku di kawasan banjir yang teruk dan kejadian itu dipercayai pada waktu tengah hari dan salah satu kedai serbaneka yang terkesan adalah Mydin Mart.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca