Isu Makanan RMT Didakwa Hanya Nasi Dan Kuah, Ini Penjelasan Menteri Pendidikan

Selepas tular gambar nasi dan kuah yang dikatakan di bawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT), pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat siasatan terperinci mengenai kes itu.

Hasil siasatan KPM mendapati gambar nasi dan kuah itu bukanlah makanan yang disediakan bagi program tersebut.

Sumber: Twitter

Menerusi hantaran di laman Facebook, Menteri Pendidikan iaitu Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin menjelaskan bahawa beliau dan wakil KPM sendiri telah turun ke sekolah berkenaan untuk memeriksa sendiri penyediaan makanan untuk program RMT.

“Saya telah menerima maklum balas bagi perkongsian mengenai gambar yang didakwa sebagai makanan untuk murid di bawah Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Wakil KPM telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan pemilik Facebook berkenaan. Siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah. Makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja.

KPM mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak berhubung perkara ini. KPM sentiasa berusaha menambah baik program RMT termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima RMT.

Buat masa ini, pemberian susu kepada murid RMT telah ditambah daripada DUA kali seminggu kepada setiap hari persekolahan mulai tahun 2021,” ujarnya.

Sumber: Facebook Dr. Radzi Jidin

Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca