Isu Larangan Merokok Di Tempat Awam, Apa Kata Pengusaha Restoran?

Ekoran isu larangan merokok yang bakal berkuatkuasa pada 1 Januari 2019 kelak, terdapat berbagai komen positif dan negatif mengenai isu tersebut.

Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Toulath Ameer Hamzah berkata pihaknya menyokong langkah kerajaan berkenaan penguatkuasaan larangan merokok di semua premis makanan.

Walau bagaimanapun, dia berharap agar pihak kerajaan tidak akan mengenakan denda kepada pengusaha restoran. Hal ini kerana, ujarnya, para pengusaha restoran hanya boleh menasihati para pelanggan namun tidak boleh memaksa mereka supaya tidak merokok di restoran mereka.

 

Foto: Astro Awani

 

Tambahnya lagi, pengusaha restoran juga tidak boleh menghalau para pelanggan yang merokok. “Jika kita menghalau mereka, mereka boleh mengenakan tindakan undang-undang ke atas kita,” ujar Toulath.

Dalam isu ini, pemilik restoran hanya boleh menasihati para pelanggan yang merokok. Sebaliknya, kerajaan adalah pihak yang harus memainkan peranan penting dalam mengambil tindakan ke atas para perokok ini.

 

Sumber: Astro Awani

 

Artikel Lain Untuk Di Baca