Isu Laporan Al Jazeera, Lelaki Ini Sudah Ditahan Imigresen

Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Bangladesh iaitu Md Rayhan Kabir yang diburu pihak Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) sebelum ini sudah ditahan oleh agensi terbabit pada 24 Julai (Jumaat).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud mengesahkan penahanan lelaki berusia 25 tahun itu. Memetik laporan Harian Metro, Rayhan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Bagi yang masih keliru, laporan palsu dalam Locked Up In Malaysia’s Lockdown iaitu sebuah dokumentari yang dimuat naik oleh agensi berita antarabangsa Al Jazeera di laman YouTube baru-baru ini menerima reaksi negatif daripada orang ramai.

Rayhan menerima kecaman hebat daripada orang ramai selepas melemparkan tohmahan dan dakwaan tidak berasas mengenai layanan kerajaan Malaysia terhadap golongan PATI ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lelaki ini turut mendakwa pihak berkuasa Malaysia memberi layanan tidak sama rata kepada warga asing dalam usaha kerajaan untuk membendung penularan COVID-19 menerusi temu bualnya bersama agensi berita berkenaan.

Sumber: Twitter @MKNJPM

Untuk rekod, Datuk Khairul Dzaimee Daud mengesahkan pas imigresen mana-mana pendatang asing yang mengeluarkan kenyataan tidak tepat atau mempunyai niat jahat untuk memburukkan Malaysia boleh dibatalkan dan mereka diminta untuk meninggalkan negara. Apa-apa pun, semoga Rayhan menerima hukuman yang setimpal.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Al Jazeera, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca