Isu Kritik Menteri Kesihatan, Caprice Tampil Mohon Maaf

Usahawan dan penyanyi yang dikenali ramai iaitu Caprice tampil membuat permohonan maaf kepada Datuk Seri Dr. Adham Baba selepas mengkritik Menteri Kesihatan tersebut menerusi satu video di Instagram baru-baru ini.

Kritikan itu dibuat selepas kenyataan Dr. Adham yang menyebut beliau membuat persidangan video dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang terdiri daripada 500 negara.

Kesal dengan tindakan tersebut, penyanyi itu kemudiannya memohon maaf menerusi sebuah coretan di laman Instagram miliknya.

Namun, apa yang lebih mengejutkan orang ramai adalah usahawan itu memuat naik sekeping foto dirinya bersemuka dengan Dr. Adham.

Caprice menerusi sebuah coretan di laman Instagram miliknya berkata, “Saya macam kena panggil dengan guru disiplin. Tidak kiralah kita jahat mana sekalipun, kita tetap perlu menjadi seorang gentleman. Caprice minta maaf untuk kapsyen yang agak kasar baru-baru ini. Saya terlalu mengikut emosi pada waktu itu.”

Menurut Caprice lagi, perjumpaannya bersama Dr. Adham berlangsung selama hampir satu jam.

“Kita kongsi idea tentang bagaimana untuk membantu petugas barisan hadapan dan bagaimana untuk membantu kedai dan bisnes beroperasi semula seperti biasa satu hari nanti. Insya-Allah, kami sedia untuk bantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” jelasnya.

Sementara itu, rakyat Malaysia diminta untuk mematuhi arahan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Caprice, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca